Bangunan pintar kajian kes : Menara Telekom

dc.contributor.authorMohamed Aslar, Azura Wati Binti
dc.date.accessioned2015-09-03T07:16:23Z
dc.date.available2015-09-03T07:16:23Z
dc.date.issued2002-03
dc.description.abstractPerkembangan dunia sains dan teknologi pada masa kini menyebabkan kita tidak dapat lari dari konsep pembinaan bangunan moden yang bercirikan pintar. Walaupun ciri-ciri pintar adalah berbeza-beza di antara satu bangunan dengan bangunan yang lain bergantung kepada jenis perkhidmatan yang diberikan, namun secara asasnya sistem-sistem yang digunakan adalah sama. Penulisan ilmiah ini mehbatkan kajian mengenai bangunan pintar secara amnya. Sebelum penerangan dari segi teori, disebutkan dahulu beberapa definisi berkaitan dengan bangunan pintar dan konsep bangunan pintar . itu sendiri. Di samping itu, penulisan ini menerangkan secara ringkas perkembangan bangunan pintar di Malaysia. Penerangan dari segi teori menyentuh mengena1 sistem-sistem asas bagi sesebuah bangunan serta sistem-sistem asas yang diperlukan untuk membentuk bangunan pintar khususnya sistem pengautomatan bangunan. Setelah perbincangan dari segi teori dibuat, bab selanjutnya adalah mengenai kajian kes. Untuk penulisan ini, bangunan. Menara Telekom telah dipilih berdasarkan sistem yang digunakan iaitu Sistem Pengurusan Bangunan Bersepadu. Selain daripada bertindak untuk mengintegrasikan sistem-sistem sokongan di dalam bangunan, sistem tersebut juga bertindak mengintegrasikan persekitaran dalaman dan luaran dengan baik dalam mencapai keselesaan termal dan pencahayaan yang baik. In seterusnya dapat membantu mencapai objektif utama mengapa bangunan pintar direkabentuk iaitu penjimatan tenaga dan keberkesanan produktiviti. Walaupun bangunan Menara Telekom ini belum 100% siap dibina namun satu gambaran mengenai kesepaduan sistem dapat diterangkan melalui rekabentuk konsep yang telah dirancang dengan teliti. Di akhir bah penulisan ini ada disertakan beberapa penilaian dan cadangan yang diperlukan setelah dapat memahami apakah yang dimaksudkan dengan bangunan pintar serta perlaksanaan bangunan pintar itu setelah dibuat perbandingan dari segi teori dan kajian kes.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/1152
dc.language.isootheren_US
dc.subjectkajian kes : Menara Telekomen_US
dc.titleBangunan pintar kajian kes : Menara Telekomen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: