Pengaruh Tsunamiterhadap Perkembangan Reka Bentuk Grafik Di Aceh
Loading...
Date
2009-06
Authors
LINDAWATI
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pada tarikh 26 Disember 2004 teIjadi tsunami di Aceh (Indonesia) yang
mengakibatkan sebahagian daerah Aceh hancur akibat hentaman gelombang tsunami.
Hal ini juga mengakibatkan rosaknya beberapa papan iklan yang ada di daerah yang
dilanda tsunami. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tentang pengaruh tsunami
terhadap perkembangan reka bentuk grafik di Aceh, apakah ia mengalami perubahan
sesudah tsunami dan faktor-faktor yang mengakibatkan perubahan itu teIjadi. Fokus
kajian ini hanya memberikan tumpuan kepada produk reka bentuk grafik dengan
media papan iklan atau billboard yang dipajang di Banda Aceh dan Aceh Besar
selama Januari 2007 hingga Mac 2008, baik yang ditaja oleh pemerintah, NGO (Non
Government Organization) mahupun perusahaan lainnya. Kaedah kajian yang
digunakan ialah deskriptif kualitatif. Teknik pengumpulan datanya iaitu pengamatan
ikut serta yang dilaksanakan di industri-industri reka bentuk grafik di Banda Aceh
dan temu bual dengan pemilik industri reka bentuk grafik, pensyarah, dan pereka
bentuk grafik akhbar Serambi Indonesia dan Aceh Magazine. Berdasarkan hasil
kajian, papan iklan yang ada di Banda Aceh dan Aceh Besar dikelompokkan dalam
lima jenis, iaitu 1) papan iklan komersial, yang berkenaan dengan pengiklanan suatu
produk, yang ditaja oleh pihak industri atau perusahaan dengan tujuan komersial; 2)
papan iklan institusi bukan pemerintah, seperti bank atau perusahaan; 3) papan iklan
khidmat masyarakat pemerintah, papan iklan yang ditaja oleh pemerintah daripada
berbagai-bagai dinas; 4) papan iklan khidmat masyarakat NGO (Non Government
Organization), yang ditaja oleh NGO baik tempatan mahupun antarabangsa dan
5) papan iklan khidmat masyarakat kerjasama pemerintah dan NGO. Hal ini dapat
disimpulkan bahawa reka bentuk grafik dengan media oapan iklan di Banda Aceh
mengalami perkembangan pesat setelah berlakunya tsunami berbanding sebelurnnya,
baik dari segi kuantiti mahupun kualiti. Faktor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan ini ialah landaan tsunami yang menjadikan Aceh terbuka kepada
pendatang luar, yang dulunya sebelum tragedi tsunami daerah Aceh sangat tertutup
kerana berlakunya konflik. Dengan masuknya para pendatang tersebut secara tidak
langsung mempengaruhi perkembangan reka bentuk grafik di Aceh yang juga
diiringi dengan perkembangan teknologi.
Description
Keywords
Pengaruh Tsunamiterhadap Perkembangan , Reka Bentuk Grafik Di Aceh