Taman Kinabalu Sebagai Asas Pelancongan Utama Sabah Dan Kesannya Kepada Masyarakat Setempat
Loading...
Date
2010-08
Authors
Sinteh, Duini @ Vini
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Pelancongan di Malaysia masih menjadi penyumbang pendapatan ketiga terbesar selepas industri perkilangan dan petroleum, walaupun diperingkat gobal ia sudahpun menjadi industri paling atas. Pelancongan adalah satu-satunya industri yang mampu memperkenalkan sesuatu tempat yang tersorok ke peringkat dunia dan mampu menghapuskan jurang kemiskinan di kalangan penduduk tempatan. Pada tahun 1993, peluang telah terbuka kepada masyarakat tempatan di Taman Kinabalu, Sabah iaitu menerusi usaha gigih kerajaan dalam kempen tahun melawat Malaysia. Salah satunya menjadikan Taman Kinabalu sebagai destinasi utama pelancongan di negeri Sabah. Tesis ini mengkaji impak pemilihan Taman Kinabalu sebagai asas pelancongan Sabah kepada masyarakat tempatan. Menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif daripada soal selidik, kajian ini menemukan beberapa dapatan penting berhubung dengan Taman Kinabalu sebagai sumber utama pelancongan di negeri Sabah khususnya yang bersangkut paut dengan komuniti tempatan. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengkaji sumbangan Taman Gunung Kinabalu terhadap pembangunan kualiti hidup mereka penduduk tempatan. Kajian ini mendapati pelancongan di Taman Kinabalu telah memberikan impak kepada harga barangan dan juga nilai hartanah di kawasan sekitarnya. Peningkatan harga barang khususnya barangan keperluan harian pastinya bukan sahaja akan menurunkan taraf hidup tetapi boleh menjejaskan mutu atau kualiti hidup penduduk tempatan.
Description
Keywords
Taman kinabalu sebagai asas pelancongan utama sabah , kesannya kepada masyarakat setempat