Kerisauan Jenayah Dalam Konteks Keselamatan Awam: Kajian Kes Di Negeri Pulau Pinang

dc.contributor.authorZa’im Ahmad
dc.date.accessioned2022-11-24T06:49:22Z
dc.date.available2022-11-24T06:49:22Z
dc.date.issued2019-12
dc.description.abstractKeselamatan awam merupakan elemen penting dalam menjamin kesejahteraan hidup masyarakat di Malaysia. Pelbagai pendekatan telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melestari keselamatan awam. Aspek kerisauan jenayah dapat membentuk suasana selamat dan menghindari rasa bimbang masyarakat terhadap jenayah. Kepesatan perbandaran dan pembangunan ekonomi telah meletakkan Pulau Pinang sebagai salah satu negeri yang mencatatkan indeks jenayah per kapita yang tinggi antara negeri-negeri di wilayah utara Malaysia. Pada tahun 2013 dan 2014, Pulau Pinang merupakan negeri kelima di Malaysia yang mencatatkan indeks jenayah yang tinggi. Secara turutan, kes tertinggi dilaporkan berlaku di Daerah Seberang Perai Tengah, diikuti Daerah Timur Laut, Daerah Seberang Perai Utara, Daerah Barat Daya dan Daerah Seberang Perai Selatan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kerisauan jenayah dan menentukan ukuran indeks kerisauan jenayah dalam aspek keselamatan awam di Pulau Pinang. Enam faktor utama yang dipertimbangkan adalah penguatkuasaan jenayah, keselamatan awam, persekitaran fizikal, aktiviti devian, trend jenayah dan kehadiran warga asing. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan pengedaran soal selidik seramai 400 orang responden dan pemilihan saiz sampel dikira berdasarkan nisbah populasi penduduk bagi sesuatu daerah terhadap keseluruhan populasi penduduk di Pulau Pinang. Hasil kajian menunjukkan wujud kebergantungan masyarakat terhadap agensi keselamatan dalam pencegahan jenayah. Faktor seperti trend jenayah, aktiviti devian dan kehadiran warga asing telah menyumbang kepada tahap kerisauan yang tinggi dalam kalangan responden. Indeks kerisauan jenayah dengan skor 3.86 telah dihasilkan berdasarkan lima skala yang digunakan. Ini menunjukkan bahawa tahap kerisauan terhadap jenayah dalam aspek keselamatan awam di Pulau Pinang adalah tinggi.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/16745
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.titleKerisauan Jenayah Dalam Konteks Keselamatan Awam: Kajian Kes Di Negeri Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: