Reka Bentuk Dan Pembangunan Perisian Permainan Pendidikan Ipecahan Serta Kajian Keberkesanannya

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-02
Authors
AZIZAN, UMMU HUSNA
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pecahan merupakan satu topik dalam silibus Matematik sekolah rendah di Malaysia. Pencapaian bagi kebanyakan murid dalam topik pecahan adalah rendah. Oleh itu, satu kajian untuk membangunkan serta menguji keberkesanan strategi pembelajaran perisian permainan pendidikan iPecahan (dengan pendorong penerangan kendiri (iPpk)/tanpa pendorong penerangan kendiri (iPtpk)) dan MyCD yang melibatkan seramai 284 orang murid Tahun 4 dari Sekolah Kebangsaan Minden Height dan Sekolah Kebangsaan Convent Butterworth, Pulau Pinang dijalankan untuk menentukan pendekatan mod pembelajaran yang disokong oleh gabungan elemen perekaan dan mod perisian pendidikan yang efektif bagi meningkatkan pencapaian pecahan di kalangan murid secara umum dan juga yang berlainan tahap kebolehan (tinggi/rendah) dengan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimental dengan faktorial 3 x 2. Pemboleh ubah bersandar adalah pencapaian murid dalam pecahan, pemboleh ubah bebas adalah mod perisian pendidikan dan pemboleh ubah moderator adalah tahap kebolehan murid. Perisian permainan pendidikan iPecahan dibangunkan berdasarkan kepada model prototaip pantas dan direka bentuk berpandukan sembilan adegan pengajaran Gagne, elemen permainan, gabungan elemen perekaan iaitu model verbal, piktorial autentik, aktiviti penceritaan autentik, elemen perancah (pendorong penerangan kendiri dan maklum balas), pengaktifan pengetahuan sedia ada dan teknik tongkolan, elemen multimedia Mayer serta teori-teori pembelajaran bagi memastikan proses konstruktif yang berkesan semasa pembelajaran. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 20 dengan analisis perbandingan parametrik ujian-t dan tak parametrik Kruskal-Wallis H. Dapatan kajian menunjukkan gabungan elemen perekaan dalam perisian permainan pendidikan iPecahan (Min 49.97) membantu meningkatkan pencapaian murid berbanding MyCD (Min 6.8) dengan nilai perbezaan min sebanyak 43.145. Murid kebolehan tinggi yang menggunakan iPpk (min pangkatan 120.3) serta iPtpk (min pangkatan 109.7) dan murid kebolehan rendah yang menggunakan iPpk (min pangkatan 87.5) menunjukkan pencapaian yang lebih baik secara signifikan. Dapatan ini disokong oleh dapatan temubual murid di mana murid kebolehan tinggi boleh mempelajari pecahan dengan pendorong penerangan kendiri atau tanpa pendorong penerangan kendiri manakala murid kebolehan rendah boleh mempelajari pecahan hanya apabila disediakan pendorong pnerangan kendiri. Dapatan menunjukkan sebanyak 90% nilai varians pada pencapaian dapat dijelaskan melalui mod perisian pendidikan dan kebolehan murid. Murid berlainan tahap kebolehan yang menggunakan iPecahan dengan gabungan elemen perekaan model verbal, piktorial autentik, aktiviti penceritaan autentik, elemen perancah, pengetahuan sedia ada dan teknik tongkolan membantu mengkonkritkan konsep abstrak pecahan serta memudahcara pengkonstruksian skema betul pecahan. Sedangkan MyCD hanya menggabungkan elemen perekaan model verbal, grafik abstrak dan maklum balas. Kesan pemudahcaraan perancah luar membolehkan iPpk bertindak sebagai mod perisian pendidikan yang efektif kepada murid kebolehan rendah. Dengan itu, reka bentuk sebarang mod perisian pendidikan mestilah sejajar konstruktif dengan gabungan elemen perekaan model verbal, piktorial autentik, aktiviti penceritaan autentik, elemen perancah (pendorong penerangan kendiri dan maklum balas), pengaktifan pengetahuan sedia ada dan teknik tongkolan.
Description
Keywords
Reka Bentuk Dan Pembangunan Perisian Permainan Pendidikan , Ipecahan Serta Kajian Keberkesanannya
Citation