Parameter Rekabentuk Taman Terapeutik Untuk Institusi Kemudahan Penjagaan Kesihatan
Loading...
Date
2000-03
Authors
Abu Bakar, Aniza
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini telah dijalankan di Hospital Seberang Jaya, Jalan Tun Hussein
Onn, Seberang Jaya, Prai, Pulau Pinang. Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan
satu parameter dalam merekabentuk taman terapeutik di institusi kemudahan
penjagaan kesihatan di negara ini.
Persekitaran yang indah, bersih, ceria dan cantik akan lebih bennakna jika ia
tmut berfungsi secara rohani dan jasmani. Hospital sebagai institusi kemudahan
penjagaan kesihatan dirasakan perlu mempunyai kriteria persekitaran tersebut untuk
mendokong fungsi asasnya iaitu rawatan dan penyembuhan.
Boleh dikatakan hampir tiada satl! pun kajian menyeluruh dijalankan di
Malaysia berkenaan tindak balas masyarakat negara ini terhadap persekitaran
institusi kemudahan penjagaan kesihatan. Maka maklum balas secara langsung dan
tidak langsung serta pemerhatian terhadap pesakit, kakitangan hospital dan para
pclawat merupakan sumber primer yang penting untuk dijadikan panduan bagi
pcnghasilan parameter rekabentuk taman terapeutik.
Semoga kajian Ill! sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada
pertimbangan awal cadangan rekabentuk institusi kemudahan penjagaan kesihatan
agar taman terapeutik diintegrasikan sea\\aJ peringkat cadangan rekabentuk lagi.
Description
Keywords
Terapeutik , Kesihatan