Pertemuan Bandar,Komuniti Dan Universiti Dalam Suatu Projek Advokasi Awam:Kajian Kes Projek Universiti Sains Malaysia Di Wilayah Bandar Pulau Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-07
Authors
SUBRAMANIAM, S. THANAM
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masa kini telah mula menyedari kepentingan dalam membangunkan wilayah bandar melalui konsep pertemuan bandar, komuniti dan universiti dalam suatu projek advokasi awam. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat peranan dan sumbangan Universiti Sains Malaysia sebagai penggerak transformasi Wilayah Bandar Pulau Pinang melalui LUKS, menganalisis proses dan mekanisme yang digunakan oleh Universiti Sains Malaysia dalam menyumbang kepada Libatsama Universiti Komuniti Setempat, untuk membangunkan kerangka Model-model Deskriptif yang menjelaskan mekanisme dan proses Libatsama Universiti Komuniti Setempat dan objektif yang terakhir adalah untuk menganalisis hubung kait faktor – faktor yang boleh menyumbang kepada Libatsama Universiti Komuniti Setempat. Kaedah yang digunakan dalam kajian adalah Kaedah Kualitatif iaitu terdiri daripada hasil temu bual secara mendalam dengan pihak pentadbir Universiti Sains Malaysia, ketua projek Libatsama Universiti Komuniti Setempat – Universiti Sains Malaysia, pihak pemerintah wilayah iaitu badan kerajaan dan bukan kerajaan dan komuniti setempat daripada projek terpilih kawasan bandar, luar bandar, pinggir bandar dan dari kawasan pembangunan lonjakan. Alat pengukur REAP 2 digunakan untuk melihat sumbangan projek – projek Universiti Sains Malaysia dan alat pengukur Spektrum Libatsama untuk mengenalpasti peranan dan sumbangan dengan pihak pentadbir bersama Universiti Sains Malaysia. Hasil kajian menunjukkan peranan dan sumbangan projek terpilih dalam kajian adalah sederhana dan memuaskan dan begitu juga tahap libatsama oleh pihak pentadbir dengan Universiti Sains Malaysia adalah pada tahap kedua dan ketiga. Proses dan mekanisme digunakan oleh Universiti Sains Malaysia dalam melaksanakan Libatsama Universiti Komuniti Setempat telah dikenalpasti dan Model diskriptif berkaitan berjaya dibentuk. Seterusnya, faktor – faktor yang mempunyai hubungkait dalam menyumbang Libatsama Universiti Komuniti Setempat berjaya dikenalpasti. Untuk penambaikan dan pelaksanaan Libatsama Universiti Komuniti Setempat yang lebih berkesan transformasi dari segi dasar dan kesedaran peranan advokasi awam dalam pembangunan wilayah bandar di Pulau Pinang diperlukan.
Description
Keywords
Pertemuan Bandar,Komuniti Dan Universiti Dalam Suatu Projek Advokasi Awam , Kajian Kes Projek Universiti Sains Malaysia Di Wilayah Bandar Pulau Pinang
Citation