Perbandingan Morfologi Dan Kepelbagaian Genetik Varian–Varian Padi (Oryza Sativa Complex) Di Jelapang Padi Pulau Pinang
Loading...
Date
2010-05
Authors
P.M.D Hussain, Zainudin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kepelbagaian varian padi angin boleh ditemui dalam petak sawah yang
mengamalkan kaedah tabur terus. Kebanyakan varian padi angin seiras dengan varieti
komersial menyebabkan ianya sukar dikawal. Satu persampelan telah dijalankan di
empat lokasi jelapang padi Pulau Pinang untuk kajian perbandingan morfologi dan
genotip varian padi angin. Kajian ini bertujuan membuat perbandingan 17 ciri morpho
metrik yang dikenalpasti serta perbandingan DNA antara varian dan varieti komersial.
Sebanyak 36 varian padi angin berbeza telah dikenalpasti dari empat lokasi tersebut
berasaskan sifat tinggi pokok, tinggi batang, panjang daun, rupabentuk dan panjang
tangkai, berat 1000 biji dan tempoh matang. Perbandingan juga dijalankan dengan 4
varieti komersial yang ditanam dari lokasi kajian bersama 4 varieti benih asas MARDI
dan satu varieti padi liar (O. rufipogon). Analisa morpho metrik PCA menunjukkan
bahawa 45.88 % taburan variasi varian padi angin dan varieti komersial terkandung
dalam 3 paksi. Paksi pertama mengandungi 20.63 % taburan variasi yang dikenal pasti
melalui ciri berat 1000 biji, bilangan biji bernas, bilangan hampa, lebar daun, rupabentuk
pokok dan ciri kekesatan permukaan daun. Pada paksi kedua mengandungi sebanyak
13.78 % perbezaan metrik dan paksi ketiga menunjukan sebanyak 10.16 % perbezaan
metrik. Analisa STRUCTURE menggunakan data DNA mikrosatelit berjaya
mengumpulkan kebarangkalian ahli populasi (K) dari 45 varian dalam 18 kluster.
Berdasarkan nilai FST, varieti komersial MR 219 berkelompok dalam satu kumpulan
bersama dengan sebahagian individu dari varian padi angin PP 1. Kluster 8 dianggotai
secara eksklusif oleh individu SGN 4, seterusnya padi liar dan varian padi yang
mempunyai biji sesungut berkumpul dalam kluster 11. Varian padi angin PB 6, PP 2
dan SGA 5 mempunyai bilangan anak yang banyak, tangkai buah yang terpanjang,
batang pokok yang tinggi dan daun terpanjang berbanding varieti komersial. Panjang biji
padi dan kandungan klorofil pada 60-70 DAS pada varieti komersial adalah lebih tinggi
berbanding varian padi lain. Perbandingan dan pengasingan semua individu dan populasi
telah berjaya dilakukan menggunakan sifat morfologi dan ciri genotip.
Description
Keywords
Kepelbagaian varian padi angin boleh ditemui , dalam petak sawah yang mengamalkan kaedah tabur terus