Pemburu Pemungut Moden Chewong Di Kuala Gandah, Pahang Dari Perspektif Etnoarkeologi

Loading...
Thumbnail Image
Date
2016-12
Authors
Wan Sulaiman, Wan Nor Hafizan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian etnoarkeologi terhadap pemburu pemungut moden Chewong melibatkan kajian lapangan pada bulan November dan Disember 2014 dan bulan Mac 2015 di Kuala Gandah, Pahang Darul Makmur yang melibatkan lapan buah kem. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menjawab beberapa isu seperti apakah teknik yang digunakan dalam aktiviti memburu dan memungut prasejarah dan adakah masyarakat pemburu pemungut hanya bergantung kepada aktiviti memburu dan memungut semata-mata atau terlibat dengan lain-lain mata pencarian. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengenal pasti adakah masyarakat pemburu pemungut hidup di dalam band (kumpulan kecil) dan sekiranya benar, sejauh manakah band ini mempengaruhi corak kehidupan mereka. Kajian ini juga akan mengenal pasti sejauhmana wujud mobiliti dan penempatan samada nomadik, semi nomadik dan sedentary dan apakah yang mempengaruhi sesuatu corak tersebut. Selain itu kajian perbandingan juga dijalankan antara corak pengebumian prasejarah khususnya pada zaman Neolitik dengan corak pengebumian Chewong untuk melihat persamaan dan menguji sejauh mana wujud animisme dalam masyarakat prasejarah. Kajian ini juga akan menjawab apakah faktor yang menyumbang terhadap keharmonian hidup mereka. Kajian ini menggunakan metodologi yang bersistematik melalui pendekatan arkeologi dan etnografi. Melalui pendekatan arkeologi seperti survei arkeologi dan pemetaan. Pendekatan etnografi pula menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta, temubual terbuka, temubual indepth, soal selidik, merekod dan kajian perpustakaan. Data kualitatif dan kuantitatif yang dikumpulkan akan dianalisis dan diinterpretasi. Berdasarkan kajian perbandingan antara rekod arkeologi dengan data etnografi mencadangkan terdapat beberapa persamaan teknik perburuan antara pemburu pemungut Chewong dengan pemburu pemungut prasejarah. Masyarakat pemburu pemungut juga merupakan masyarakat yang melakukan foraging untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan. Mereka ini tinggal di dalam band (kumpulan kecil) untuk memudahkan mereka bergerak memburu dan memungut selain mengelakkan konflik. Kajian ini mendapati sememangnya wujud mobiliti dan corak penempatan seperti nomadik, semi nomadik dan sedentary dalam masyarakat pemburu pemungut. Corak penempatan ini dipengaruhi oleh persekitaran, akses terhadap sumber yang terhad selain teknologi dan kemahiran. Selain terlibat dengan aktiviti memburu dan memungut, mereka juga turut terlibat dalam lain-lain corak mata pencarian seperti menangkap ikan, pertanian padi bukit dan memungut hasil hutan untuk dijual dan ia bergantung kepada adaptasi, peluang dan pilihan, kemahiran dan teknologi. Kajian ini juga membuktikan terdapat persamaan corak pengebumian antara masyarakat pemburu pemungut moden Chewong dengan corak pengebumian pemburu pemungut prasejarah khususnya pada zaman Neolitik. Justeru mencadangkan bahawa kepercayaan animisme telah diamalkan sejak zaman prasejarah. Bagi memastikan kelangsungan dan keharmonian, masyarakat pemburu pemungut ini mengamalkan nilai-nilai murni seperti amalan sharing (perkongsian makanan) dan pantang larang. Justeru itu, kajian etnoarkeologi ini memberi sumbangan sebagai jendela untuk memahami corak kehidupan pemburu pemungut prasejarah.
Description
Keywords
Etnoarkeologi terhadap pemburu pemungut moden Chewong , di Kuala Gandah, Pahang Darul Makmur.
Citation