Suatu kajian empirik kemiskinan nelayan di Kabupaten Pati, Jawa Tengah – Indonesia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2006-07
Authors
Agunggunanto, Edy Yusuf
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kemiskinan nelayan merupakan permasalahan yang kritikal dan rumit. Tahap kemiskinan dan ketidaksamaan pendapatan nelayan berhubung kait dengan ciri-ciri nelayan seperti faktor demografi, sosio ekonomi, dan sosio budaya. Selain itu, ia berkaitan pula dengan stok sumber ikan, tangkapan ikan yang berlebihan, kerosakan sekitaran habitat ikan, teknologi tangkapan ikan, dan jenis bot yang digunakan. Objektif kajian adalah untuk menganalisis kemiskinan dan ketidaksamaan pendapatan nelayan, dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Data dikumpulkan dari 200 responden di kecamatan Juwana dan kecamatan Batangan, Kabupaten Pati, Jawa Tengah Indonesia. Menggunakan ukuran garis kemiskinan US $1 seorang sehari, didapati 5.5 peratus daripada nelayan hidup di bawah garis kemiskinan. Peratusan ini meningkat kepada 45.5 peratus apabila garis kemiskinan ditingkatkan kepada US $2 seorang sehari. Wujud ketidaksamaan pendapatan yang besar di kalangan nelayan dan keluarga mereka. Nilai pekali perubahan pendapatan dari tangkapan ikan adalah 0.718, berbanding 0.857 bagi jumlah pendapatan nelayan dan 0.694 bagi pendapatan keluarga nelayan. Nilai pekali perubahan bagi pendapatan per kapita isi rumah nelayan adalah 0.761. Kajian ini menggunakan analisis model regresi OLS, logit dan model persamaan struktural. Berasaskan model regresi OLS, faktor yang signifikan mempengaruhi pendapatan isi rumah per kapita adalah, saiz keluarga (B=0.914, p=O.OOO), ahli isi rumah bekerja (B=1.062, p=0.012), pemilikan bot (B=0.835, p=O.OOO), jenis bot yang digunakan (B=1.072, p=0.004), nilai aset aktiviti tangkapan ikan (B=1.000, p=0.007), nilai aset di luar aktiviti tangkapan ikan (B=1.058, p=O.OOO), bantuan koperasi (B=1.056, p=0.071 ), dan jualan ikan ke pemilik modal (B=1.057, p=0.1 01 ). Menggunakan model log it, faktor-faktor yang signifikan mempengaruhi kebarangkalian isi rumah nefayan tergolong sebagai miskin, termasuk umur ketua isi rumah (B=1.068, p=0.059), saiz keluarga (B=2.265, p=O.OOO), ahli isi rumah bekerja (B=-0.534, p=0.055), pemilikan bo_t (B=8.647, p=0.004), jenis bot yang digunakan (B=0.599, p=0.105), nilai aset alat tangkapan ikan (B=-1.000, p=0.016), dan nilai aset di luar aktiviti tangkapan ikan (B=-0.531, p=0.003). Berasaskan analisis model persamaan struktural, pengaruh yang paling menonjol wujud di antara pemboleh ubah, seperti kesan jenis bot ke atas teknologi tangkapan ikan yang digunakan (B=0.585, p=O.OOO), tangkapan ikan yang berlebihan terhadap stok sumber ikan (B=0.430, p=0.003), jenis bot yang digunakan terhadap pendapatan nelayan (B=0.31 0, p=O.OOO), dan kerosakan sekitaran habitat ikan terhadap pendapatan nelayan (B= -0.253, p=O.OOO). Faktor lain yang mempunyai pengaruh signifikan adalah kesan stok sumber ikan ke atas teknologi tangkapan ikan yang digunakan (B= 0.205, p=0.012), dan kerosakan sekitar habitat ikan terhadap teknologi yang digunakan (B= 0.162, p=0.004). Oleh itu, faktor-faktor seperti jenis bot, kerosakan sekitaran habitat ikan, tangkapan ikan yang berlebihan adalah faktor penting berkaitan dengan kemiskinan dan ketidaksamaan pendapatan di kawasan kajian. Usaha mengatasi kemiskinan dan ketidaksamaan pendapatan memerlukan dasar pemerintah yang menyeluruh untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kemiskinan nelayan. Terdapat 15 implikasi dasar dari kajian ini yang dicadangkan, iaitu (1) pemberian subsidi untuk pemberlian bot-bot besar, (2) pembatalan larangan import bot besar, (3) pemberian subsidi bahan bakar diesel, (4) pemberian subsidi pembelian alat-alat tangkapan ikan, (5) meningkatkan maklumat teknologi baru tangkapan ikan, (6) pembangunan infrastruktur tempat lelongan dan pendaratan ikan, (7) keselamatan tempat pendaratan ikan, (8) meningkatkan peranan koperasi dalam operasi stok penimbal (buffer stock), (9) latihan kemahiran untuk kegiatan_ di luar aktiviti tangkapan ikan, (10) pemberian geran biasiswa anak nelayan yang miskin, (11) pemberian geran modal untuk mengembangkan kegiatan ekonomi nelayan, (12) penguatkuasaan peraturan zon tangkapan ikan, (13) pemindahan nalayan ke kawasan potensi tinggi Jawa Selatan, (14) penguatkuasaan undangundang bagi kerosakan-kerosakan habitat ikan, dan (15) kegiatan untuk pengurusan bersama pemuliharaan habitat ikan.
Description
Keywords
Kemiskinan dan ketidaksamaan pendapatan nelayan
Citation