Pembangunan Kaedah Genotip Apolipoprotein E, Profil Pecahan Lipoprotein Densiti Rendah Dan Kajian Lipemia Pascaprandial
Loading...
Date
2002-05
Authors
Sahul Hamid, Shahrul Bariyah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Matlamat kajian ini adalah untuk menentukan peranan polimorfisme apolipoprotein E
terhadap profil lipid yang merangkumi perubahan lipidemia dan glisemia semasa
pascaprandial. Genotip ditentukan melalui kaedah polimorfisme panjang fragmen
restriksi (RFLP) teroptimum menggunakan DNA dari leukosit yang diekstrak melalui
kaedah penggaraman keluar. Frekuensi genotip yang diperoleh adalah sarna dengan
populasi kawasan Asia yang normal (-/ < 11.07). Tahap kolesterol jllmlah, LDL
kolesterol, dan tligliserida adalah tinggi dalam kalangan pembawa E3 dan E4 manakaJa
HDL kolesterol adalah tinggi hanya dalam kalangan subjek genotip E312. ApabiJa
perbandingall dilakukan dengan frekuensi populasi keseluruhan, didapati bahawa
frekuensi aiel E2 (0.05) dan E3 (0.83) lebih tinggi dalam kalangan subjek perempuan
manakala E4 (0.15) pula adalah lebih tinggi dalam kalallgan subjek lelaki. Pemencilan
partikel lipoprotein berdensiti rendah dilakllkan dengan kaedah pemendakan yang
ringkas dan cepat menggunakan penimbal natrium sitrat berheparin yang mempunyai
pH 5.16. Seterusnya, LDL dicirikan dengan cara subpecahan mellggunakall
elektroforesis gel poliakrilamida cenm tanpa penyahaslian selepas proses
pengoptimuman. Pewama lipid (Oil Red 0 dan Sudan Black 8) dan protein
(Coomassie Brilliant Blue R-250) telah digullakan dalam kajian ini. Pempiawaian gel
dilakukan denb1(1n menggunakan piawai yang diketahui diameter yang terdiri dari
butiran lateks polisterin, albumin tulen, BDL, globulin, dan serum tnnpa lipoprotein
(LPDS). reralus keluasan kawasan bawah graf (AUC) subpecahan LDL untuk setiap
puncak ditentukan dengnn menggunakan peri sian ImageMaster (Total Lab versi 1.0).
Kajian ke atas subjek pesakit diabetes mellitus jenis 2 memll~lIkkan bahawa pembawa
f.3 mempunyai tahap LDL kolestcrol yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan
kawalan normal (p=O.003). Hipergliscmia juga didapati mempengaruh mekanisme
penyingkiran remnan dalam kalangan pembawa aIel &3 (p<O.oot) dan &4 (p<O.OOl).
Korelasi positif an tara trigliserida dengan glukosa (p<O.OOl) menunjukkan bahawa
individu yang mempunyai kawalan glisemia yang rendah berkecenderungan untuk
mempunyai partikel LDL keci!. Ini kerana peratus AVe subpecahan LDL 4 adalah
berkorelasi secara hampir signifikan dengan trigliserida (p=O.05). Pemberian slllnber
lemak sebanyak 58.9% iaitu lebih tinggi dari kapasiti penyingkiran lemak normal (48.9
%) yang didapati scmasa kajian awal dipilih scbagai minuman piawai dalam k,uian
pascaprandial. Terdapat perbezaan yang ketara dalam metabolisme LDL kolesterol dan
trigliserida dalam tempoh 9 jam di antara subjek kawalan, hiperlipidemia, danĀ·
gangguan tolerans glukosa (lOT). Perbandingan selanjutnya terhadap kepekatan keduadua
parameter ini di antara masa permulaan dengan masa penyampelan menunjukkan
terdapat perbczaan sil:,mifikan selepas 4 jam pascaprandial. Perbandingan taburan aiel
APOE di antara 3 kumpulan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara di
an tara subjek dengan aiel &2 <X2 < 7.815) dan &4 (X2 < 7.815).
Description
Keywords
Peranan polimorfisme apolipoprotein E terhadap profil lipid , yang merangkumi perubahan lipidemia dan glisemia semasa pascaprandial.