Pengkomposan Sisa Taman Menggunakan Kaedah Timbunan Statik Berudara Dan Deram Berputar

Loading...
Thumbnail Image
Date
2008-08
Authors
Md. Sabiani, Nor Habsah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini melibatkan proses pengkomposan sisa taman dari Tapak Pelupusan Pulau Burung. Dalam kajian ini, dua kaedah pengkomposan telah dikaji iaitu kaedah timbunan statik berudara (TSU) dan kaedah deram berputar (DB). Dalam kaedah TSU, proses pengudaraan dilakukan secara mekanikal dengan menggunakan penghembus udara (blower) dan proses pembalikan secara manual. Sementara itu, udara dibekalkan dengan melakukan proses pembalikan secara putaran bagi kaedah DB. Terdapat dua jenis substrat yang digunakan iaitu sisa taman (ST) dan najis lembu (NL). Kajian ini dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Peringkat I hingga III. Peringkat I melibatkan kajian penentuan ciri-ciri fizikal dan kimia ke atas sisa taman seperti penentuan jisim, komposisi, taburan saiz, ketumpatan pukal, kandungan lembapan, pH, nisbah karbon kepada nitrogen (C:N), kandungan nutrien dan logam berat. Dalam Peringkat II, kajian pengkomposan dilakukan terhadap campuran sisa taman (ST) dan najis lembu (NL) dengan nisbah 1:1, 3:2 dan 7:3.
Description
Keywords
Sisa Taman
Citation