Pengkomposan Sisa Taman Menggunakan Kaedah Timbunan Statik Berudara Dan Deram Berputar

dc.contributor.authorMd. Sabiani, Nor Habsah
dc.date.accessioned2022-03-04T03:52:25Z
dc.date.available2022-03-04T03:52:25Z
dc.date.issued2008-08
dc.description.abstractKajian ini melibatkan proses pengkomposan sisa taman dari Tapak Pelupusan Pulau Burung. Dalam kajian ini, dua kaedah pengkomposan telah dikaji iaitu kaedah timbunan statik berudara (TSU) dan kaedah deram berputar (DB). Dalam kaedah TSU, proses pengudaraan dilakukan secara mekanikal dengan menggunakan penghembus udara (blower) dan proses pembalikan secara manual. Sementara itu, udara dibekalkan dengan melakukan proses pembalikan secara putaran bagi kaedah DB. Terdapat dua jenis substrat yang digunakan iaitu sisa taman (ST) dan najis lembu (NL). Kajian ini dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Peringkat I hingga III. Peringkat I melibatkan kajian penentuan ciri-ciri fizikal dan kimia ke atas sisa taman seperti penentuan jisim, komposisi, taburan saiz, ketumpatan pukal, kandungan lembapan, pH, nisbah karbon kepada nitrogen (C:N), kandungan nutrien dan logam berat. Dalam Peringkat II, kajian pengkomposan dilakukan terhadap campuran sisa taman (ST) dan najis lembu (NL) dengan nisbah 1:1, 3:2 dan 7:3.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/14801
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectSisa Tamanen_US
dc.titlePengkomposan Sisa Taman Menggunakan Kaedah Timbunan Statik Berudara Dan Deram Berputaren_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: