Pengaruh Adukan Dan Kepekatan Partikel Silikon Karbida Sebagai Penguat Terhadap Kelakuan Salutan Komposit Matriks Nikel
Loading...
Date
2010-12
Authors
Badarulzaman, Nur Azam
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Di dalam penyelidikan ini, salutan komposit matriks nikel (Ni) yang diperkuat dengan partikel silikon karbida (SiC) telah diendapkan ke atas substrat keluli lembut secara sadur elektrik. Penyelidikan ini dijalankan dalam tiga peringkat kajian: Peringkat I, Peringkat II dan Peringkat III. Peringkat I melibatkan pengelektroendapan nikel tulen menerusi elektrolit Watts pada suhu 21-22°C dan julat ketumpatan arus daripada 10 mA/cm2 kepada 50 mA/cm2. Dengan menggunakan ketumpatan arus 30 mA/cm2 salutan nikel tulen yang paling keras iaitu 293 Hv terhasil. Ketumpatan arus ini digunakan pada kedua-dua peringkat ujikaji. Peringkat II bertujuan mendapatkan salutan komposit Ni-SiC dengan menggunakan ketumpatan arus 30 mA/cm2, elektrolit Watts pada suhu 21-22°C yang mengandungi partikel SiC bersaiz 10 μm pada julat kepekatan 5 g/l – 25 g/l, pengadukan pada kadar 75 rpm serta 150 rpm dan kaedah elektrod statik. Analisis mikroskop optik dan SEM/EDX membuktikan salutan Ni-SiC berjaya diperolehi. Peratus pengendapan (jisim dan isipadu) partikel SiC dalam salutan adalah berkadar terus dengan peningkatan kadar pengadukan serta kepekatan partikel SiC dalam elektrolit. Peringkat III bertujuan untuk menghasilkan salutan komposit Ni-SiC, dengan menggunakan saiz partikel SiC yang lebih kecil iaitu 1 μm. Parameter di dalam Peringkat II dikekalkan dengan perincian julat pengadukan iaitu 50 rpm – 150 rpm. Analisis mikroskopi dan EDX menunjukkan salutan Ni-SiC telah berjaya
dihasilkan. Hubungan linear dan parabola telah diperolehi antara kekerasan dan pengendapan partikel SiC dalam salutan dengan peningkatan kadar pengadukan dan kepekatan SiC di dalam elektrolit. Berdasarkan kepada analisis XRD, satah pembelauan Ni (111) didapati paling dominan bagi salutan Ni dan Ni-SiC yang terhasil pada ketumpatan arus 30 mA/cm2 serta menyumbang kepada nilai kekerasan yang tinggi selain partikel SiC.
Description
Keywords
Pengaruh adukan dan kepekatan partikel silikon karbida , sebagai penguat terhadap kelakuan salutan komposit matriks nikel