Pengaruh Rekabentuk Terhadap Aktiviti Fizikal : Analisis Corak Penggunaan Ruang Awam Kawasan Perumahan Oleh Penghuni Presint 11A, Putrajaya
Loading...
Date
2006-05
Authors
Asmui, Aszate
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Keseluruhan kajian penyelidikan ini akan membincangkan tentang perincian
perancangan yang boleh dilakukan terhadap ruang-ruang awam di dalam kawasan
perumahan khususnya bagi mengga/akkan aktiviti fizikal di kalangan penghuni.
Seringkali, apabila kita dikaitkan dengan masalah kesihatan, ramai yang akan
mengaitkannya pula dengan gaya hidup. Salah satu fonomena kepada permasalahan ini
dapat dilihat daripada kebanyakan tren rekabentuk kawasan perumahan atau kejiranan
sedia ada yang tidak menyokong kepada aktiviti-aktiviti seperti aktiviti fizikal. 0/eh itu,
kajian ini akan mengupas pengaruh rekabentuk terhadap aktiviti fizikal; adakah
rekabentuk boleh mempengaruhi seseorang individu itu untuk melakukan aktiviti fizikal.
Kupasan yang dibuat adalah berdasarkan ana/isis corak penggunaan ruang awam
kawasan perumahan di Presint JJA, Putrajaya sebagai kawasan kajian. Pemahaman
mengenai .fimgsi dan kepentingan rekabentuk dalam kawasan perumahan ini perlu
dieksplorasi bagi meningkatkan keupayaan perancangan fizikal terutamanya berkaitan
penempatan manusia. Melalui pemahaman yang jelas mengenai hal ini dapatlah
beberapa perubahan dilakukan dalam sistem perancangan kita terutamanya yang
melibatkan perancangan fizikal khasnya berkaitan ruang awam kawasan perumahan Ini
kerana kepentingan terhadap penyediaan dan penghasilan rekabentuk persekitaran
kawasan perumahan bukan sekadar memenuhi keperluan keselesaan penghuni malah
mampu meningkatkan kualiti kehidupan mereka pada masa hadapan.
Description
Keywords
Rekabentuk ruang awam dan pengaruhnya , terhadap aktiviti fizikal penghuni.