Impak Pelancongan Terhadap Persekitaran Zon Pinggir Pantai Di Bahagian Utara Pulau Pinang
Loading...
Date
2005-08
Authors
Mapjab, Jabil
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kepesatan pembangunan pelancongan di kawasan utara Pulau Pinang menimbulkan
kebimbangan masyarakat terhadap kemerosotan kualiti zon pinggir pantainya.
Keadaan air laut didapati semakin keruh kesan kelodak dan lumpur terutamanya yang
berhampiran hotel dan kawasan pelancongan. Tujuan utama kajian ialah meneliti
perubahan kualiti persekitaran pantai akibat daripada pembangunan pelancongan
dengan tumpuan terhadap isu pencemaran air laut, hakisan dan pemendapan.
Penyelidikan ini juga meninjau persepsi penduduk, pelancong dan pengurnsan hotel
berhubung dengan impak pelancongan serta pengurusan pantai. Kajian terhadap
perlaksanaan pengurusan persekitaran sedia ada turut dilakukan. Empat buah stesen
dipilih iaitu Teluk Bahang, Batu Feringghi, Tanjung Bungah dan Tanjung Tokong.
Kaedah persampelan bagi menentukan status kualiti perairan pantai melalui ujian
beberapa parameter air laut dijalankan di antara bulan Jun 2001 dan Mei 2002. Bagi
kajian persekitaran manusia, seramai 320 responden penduduk tempatan dan 200
responden pelancong dipilih menggunakan teknik purposive sampling. Selain itu,
kesemua pengurnsan 14 buah hotel di kawasan kajian dan 16 buah jabatan yang
berkaitan dengan pengurusan pantai dan pelancongan turut dikaj i. Data dianalisis
secara deskriptif dan inferential menggunakan program SPPS versi 11.0. Analisis
statistik yang digunakan ialah khi kuasa dua, ujian t dan analisis varian (ANOY A).
Kajian mendapati permintaan oksigen biokimia (BOD) dan oksigen terlarut (DO)
mematuhi nilai piawai kualiti air laut interim iaitu masing-masing kurang daripada 3
mg/I dan 6.5 mg/I. Parameter jumlah pepejal terampai (TSS) menunjukkan semua
stesen kajian mencatatkan nilai melebihi piawai kualiti air laut interim iaitu 50 mg/l
manakala nilai organik terampai (SO) adalah tinggi, dalam julat 110 mg/I - 140 mg/I.
Ammonia nitrogen (NH3-N) adalah mematuhi standard bagi tiga buah stesen kecuali
Tanjung Bungah mencatatkan nilai melebihi piawai ditetapkan, iaitu kurang daripada
0.2 mg/I. Analisis Escherichia Coli mendapati perairan pantai tercemar teruk dengan
nilai melebihi 200 MPN/100 ml pada bulan-bulan tertentu. Garis pantai zon utara
adalah stabil dengan kadar hakisan berada dalam kategori 3. Kadar pemendapan turnt
stabil dan lebih dipengaruhi oleh proses fizikal pantai. Hasil kajian menunjukkan
kemerosotan kualiti persekitaran pantai dipengaruhi sebahagian besamya oleh
kepesatan pembangunan pelancongan serta pembuangan kumbahan domestik ke laut.
Aktiviti perikanan memberikan kesan minimal manakala impak tebusguna pantai
masih di peringkat awai. Kajian persepsi penduduk mendapati tahap pengetahuan dan
kesedaran masih rendah, pelancong asing lebih prihatin berbanding pelancong
domestik terhadap isu persekitaran pantai manakala pengusaha hotel kurang komi ted
terhadap pengurusan pinggir pantai. Tinjauan terhadap perlaksanaan pengurusan
persekitaran mendapati peruntukan perundangan bagi zon pantai masih kurang
manakala kajian pelbagai jabatan mendapati perlunya pengurusan persekitaran
berintegrasi berbanding sektorai. Suatu sistem pengurusan zon pinggir pantai
pelancongan bersepadu wajar diwujudkan bagi merealisasikan agenda pembangunan
berterusan di Pulau Pinang.
Description
Keywords
Meneliti perubahan kualiti persekitaran pantai , akibat daripada pembangunan pelancongan