Kesan penambahan air dalam reaktor haba bermangkin bagi penyingkiran tar gas pengeluar

dc.contributor.authorAris Warsita Dahlani
dc.date.accessioned2021-02-05T01:40:36Z
dc.date.available2021-02-05T01:40:36Z
dc.date.issued2016-12-01
dc.description.abstractTar dalam gas pengeluar biojisim perlu disingkirkan untuk mengelak saluran paip tersekat dan untuk membolehkan penggunaan gas pengeluar dalam enjin pembakaran dalam (IC) dan turbin untuk penjanaan kuasa. Antara kaedah penyingkiran tar yang sedia ada, rawatan tar terma dan bermangkin (haba bermangkin) adalah lebih menarik dengan peningkatan kandungan tenaga gas pengeluar di mana tar ditukarkan kepada gas boleh bakar. Pada mulanya, penyingkiran tar dikaji dengan menggunakan sebatian model tar (toluena dan naftalena), diikuti oleh tar sebenar dari gas pengeluar yang diperolehi daripada penggasan biojisim. Dua rawatan telah dijalankan: rawatan terma dan rawatan bermangkin dengan air suntikan. Spesies tar dan gas masing-masing dianalisis menggunakan Kromatografi Gas-Permeteran Spektrum Jisim (GC-MS) dan Gas Kromatografi‐Pengesan Kerintangan Haba (GC-TCD). Sementara itu, tidak ditemukan jelaga pada perlakuan penambahan air yang terendap pada permukaan bermangkin telah ditentukan menggunakan penganalisis permeteran graviti haba (TGA). Didapati nisbah air-tar (A/T): 0.3 kecekapan penyingkiran tar optimum. Untuk mendapatkan kecekapan penyingkiran tar optimum perlu dikaji mastautin yang sesuai. Rawatan haba dan bermangkin pada reaktor gelombang mikro memberikan harapan baru. Tenaga aktivasi yang diperlukan pada ujikaji dengan penambahan air didapati lebih tinggi, namun kecekapan penyingkiran tar yang dihasilkan jauh lebih tinggi dan bermula pada suhu yang rendah sudah didapatkan penyingkiran tinggi. Keputusan eksperimen menunjukkan bahawa proses pemanasan terma di bawah penggunaan tenaga penyinaran gelombang mikro yang rendah adalah sesuai untuk rawatan tar haba bermangkin. Bagi model tar, kira-kira 95% daripada kedua-dua toluena dan naftalena masing-masing telah disingkirkan semasa rawatan terma pada suhu 10500C dan 12000C. Dalam rawatan haba bermangkin, kira-kira 99% toluena dan 97% naftalena masing-masing telah disingkirkan dengan dolomit pada 8500C dan 9000C, manakala kira-kira 97% toluena dan 95% naftalena telah disingkirkan dengan Y-zeolite pada 7000C, selanjutnya dalam rawatan nikel 99% toluene dan 97% naftalena, sedangkan ruthenium didapati 99% dan 96%, sementara rawatan terakhir dengan rhodium telah disingkirkan 96% toluene dan 95% naftalenen_US
dc.identifier.other875008589
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/11160
dc.language.isootheren_US
dc.titleKesan penambahan air dalam reaktor haba bermangkin bagi penyingkiran tar gas pengeluaren_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: