Budaya Organisasi Menurut Tasawur Islam Di Bank-Bank Syariah Kotamedan, Indonesia
Loading...
Date
2016-08
Authors
Azuar Juliandi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian budaya organisasi didominasi oleh ahli akademik Barat, sementara
kajian budaya organisasi menurut Islam meskipun ada belum benar-benar sesuai
dengan tasawur Islam. Begitu pula budaya organisasi yang dibangun dan diamalkan
bank Syariah belum benar-benar sesuai dengan tasawur Islam. Oleh itu, kajian ini
berupaya untuk mengkaji budaya organisasi berasas kepada tasawur Islam di
perbankan Syariah Kota Medan, Indonesia. Kajian ini mempunyai tiga objektif,
pertama, ialah mengenal pasti budaya organisasi menurut tasawur Islam; kedua,
menganalisis budaya organisasi perbankan Syariah Kota Medan berdasar budaya
organisasi menurut tasawur Islam; dan ketiga, merumuskan budaya organisasi
perbankan Syariah berdasarkan budaya organisasi menurut tasawur Islam. Kajian ini
menggunakan reka bentuk penerokaan dengan kaedah analisis data analisis
kandungan dan reka bentuk penjelasan dengan menggunakan kaedah analisis
deskriptif. Penemuan daripada kajian ini mengandungi tujuh bahagian. Pertama,
prinsip-prinsip budaya organisasi menurut tasawur Islam merangkumi lima perkara,
iaitu tauhid, ilmu, akhlak, ibadah dan marḍatillah. Kedua, asas kerangka budaya
organisasi mengikut tasawur Islam merangkumi lima perkara, iaitu komitmen,
pembelajaran, keperibadian, pekerjaan dan kejayaan. Ketiga, nilai-nilai budaya
organisasi yang diamalkan perbankan Syariah di Kota Medan terangkum dalam nilai
visi, misi dan nilai-nilai khas budaya korporat. Keempat, tasawur budaya organisasi
yang diamalkan oleh perbankan Syariah di Kota Medan merujuk kepada nilai-nilaiIslam, di dalamnya mengandungi nilai-nilai komitmen, pembelajaran, keperibadian,
pekerjaan dan kejayaan, yang merupakan cerminan daripada Tauhid, ilmu, akhlak,
ibadah dan Marḍatillah. Kelima, pengamalan budaya organisasi perbankan Syariah
di Kota Medan tergolong cukup baik. Keenam, asas budaya organisasi perbankan
Syariah Kota Medan menurut tasawur Islam terbahagi kepada dua perkara, pertama,
daripada segi proses, merangkumi aspek asas, sokongan, amalan dan hasil; dan;
kedua daripada segi wujud, iaitu aspek rohaniah dan fizikal. Ketujuh, huraian budaya
organisasi perbankan Syariah berdasarkan budaya organisasi menurut tasawur Islam
terdiri dua perkara, iaitu huraian tentang karakteristik budaya organisasi perbankan
Syariah, dan pembinaan budaya organisasi perbankan Syariah berasaskan kepada
tasawur Islam. Implikasi teoretikal kajian ini ialah bercambahnya pengetahuan
mengenai konsep-konsep pengurusan Islam khasnya budaya organisasi menurut
tasawur Islam. Pengetahuan itu boleh menjadi rujukan para ahli akademik Islam
untuk mengembangkan kajian lebih mendalam mengenai konsep budaya organisasi
menurut tasawur Islam. Kajian ini juga mempunyai implikasi praktikal, ialah sebagai
rujukan bagi perbankan Syariah dan institusi perniagaan Islam lainnya untuk
membina dan membangun budaya organisasi menurut tasawur Islam yang sesuai
dengan nilai-nilai Islam sebenarnya.
Description
Keywords
Budaya organisasi berasas kepada tasawur Islam , di perbankan Syariah Kota Medan, Indonesia.