Pergerakan Sosial Tamil Di Tanah Melayu : 1920-an-1957

dc.contributor.authorArikrishnan, Sankar
dc.date.accessioned2018-12-19T06:56:42Z
dc.date.available2018-12-19T06:56:42Z
dc.date.issued2011-01
dc.description.abstractKajian ini mengkisahkan sejarah pergerakan beberapa pergerakan sosial Tamil yang telah ditubuhkan oleh masyarakat India di Tanah Melayu antara tahun 1920an-1950an. Dalam tempoh masa berkenaan orang India telah mengalami pelbagai masalah. Orang India yang dibawa oleh British untuk menampung keperluan buruh di Tanah Melayu telah menghadapi pelbagai masalah seperti upah yang tidak berpatutan, tempat tinggal yang kurang selesa, kekurangan kemudahan-kemudahan asas, pembekalan kemudahan kesihatan dan pendidikan yang kurang sesuai, tabiat minum todi dan diskiriminasi kasta. Justeru, muncullah pergerakan-pergerakan sosial untuk menangani masalah-masalah ini. Walaupun banyak pergerakan sosial Tamil telah ditubuhkan dalam tempoh tersebut hanya beberapa pergerakan sosial sahaja bergiat dengan aktif untuk membela nasib orang India, terutama sekali buruh Tamil. Pergerakan-pergerakan sosial ini telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah sosio-ekonomi dan budaya kaum India secara umumnya. Keberkesanan pergerakan-pergerakan sosial ini adalah kurang memuaskan. Namun, beberapa pergerakan sosial ini masih meneruskan kegiatannya dan terus memberi sumbangan untuk meningkatkan kedudukan sosio-ekonomi masyarakat India, khususnya orang Tamil, di Malaysia sehingga ke hari ini. Kajian ini cuba meninjau langkah-langkah yang diambil oleh pergerakan-pergerakan sosial ini dalam usaha mereka untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh buruh India dalam tempoh 1920an hingga 1950an. Dalam pada itu, tumpuan diberikan kepada lima pergerakan sosial Tamil yang bergiat aktif dalam tempoh berkenaan. Usaha juga telah dibuat untuk menilai keberkesanan sumbangan pergerakan-pergerakan sosial ini dalam hal membela nasib sosio-ekonomi masyarakat India di Tanah Melayu.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7342
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPergerakan sosial tamilen_US
dc.subjectdi Tanah Melayu 1920-an-1957en_US
dc.titlePergerakan Sosial Tamil Di Tanah Melayu : 1920-an-1957en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: