Satu analisis pembangunan sumberjaya kawasan persisiran pantai untuk tujuan pelancongan : kajian kes Kampung Nelayan Pantai Acheh
Loading...
Date
2001-03
Authors
Por, Chun Hau
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Negara kita kaya dengan sumbeIjaya-sumbeIjaya yang berupaya menarik perhatian
pelancong asing. Jika dibangunkan dengan cara yang betul dan berkesan, sumbeIjaya
ini pastinya akan mendatangkan faedah kepada penduduk tempatan dan juga negara.
Akan tetapi, kawasan yang mempunyai sumbeIjaya tersebut telah terlampau
dibangunkan atau digunakan untuk tujuan-tujuan yang lain yang tidak terancang, dan
menyebabkan sumbeIjaya-sumberjaya dimusnahkan.
Perancangan dan pengeksploitasian sumbeIjaya memerlukan penelitian yang terperinci
oleh ahli perancang bandar, terutamanya dalam menilai kawasan-kawasan yang
berpotensi . dan menentukan aktiviti yang sesuai supaya aktiviti pembangunan tidak
akan mendatangkan kesan-kesan negatifkepada ekosistem tersebut.
Kampung Nelayan Pantai Acheh, terletak di bahagian barat laut Pulau Pinang,
merupakan satu petempatan nelayan yang belum mengalami arus pembangunan pesat.
Teknik Analisis Potensi Pennukaan (PSA) digunakan untuk mengenalpasti sumbeIjaya
yang ada dan mengeksploitasinya untuk pelancongan. Faktor-faktor yang berkaitan
dengan pelancongan telah digolongkan ke dalam faktor fizikal, litupan dan juga
halangan, kemudiannya diberi wajaran bagi setiap grid kawasan kajian. Seterusnya,
indeks potensi pembangunan sumberjaya bagi setiap grid kawasan kajian didapati.
Hasil analisis menunjukkan bahawa bukan semua kawasan yang mempunyai sumber
semula jadi di kawasan kajian dapat dimajukan. Zon-zon cadangan diwujudkan dan
digolongkan mengikut jenis sumberjaya-sumberjaya yang saling berkaitan. Sebanyak 5
zon dicadangkan untuk dibangunkan dengan siri aktiviti yang lebih mesra alamo
Kaedah ini membolehkan perancang bandar membuat keputusan pada fasa awal
perancangan sesuatu kawasan untuk tujuan pembanglman yang disasarkan dengan lebih
cepat dan mencapai objektif perancangan tanpa dipengaruhi oleh aspek teknikal.
Seterusnya, langkah-Iangkah susulan yang lebih terperinci dapat dilakukan dan
diintegrasikan untuk membentuk pelan pengurusan dan pelan kawalan pembangunan.
Description
Keywords
Teknik Analisis Potensi Pennukaan (PSA) digunakan untuk mengenalpasti , sumbeIjaya yang ada dan mengeksploitasinya untuk pelancongan.