Autonomi Guru Dan Amalan Pentaksiran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Kssr) Di Sekolah Kluster

dc.contributor.authorK.VARATHARAJ, RAVIKUMAR
dc.date.accessioned2016-04-15T07:49:31Z
dc.date.available2016-04-15T07:49:31Z
dc.date.issued2015-01
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan guru tentang amalan autonomi dan amalan pentaksiran serta nilai yang dipegang tentang pentaksiran di Sekolah Kluster Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara autonomi guru dengan amalan pentaksiran serta nilai pentaksiran guru. Dua kaedah pengumpulan data digunakan dalam kajian ini, iaitu kaedah tinjauan dan kaedah kualitatif. Bagi kaedah tinjauan, soal selidik terjemahan Teacher Autonomy Scale (TAS) dan Improving School Effectiveness telah digunakan sebagai alat ukur untuk memperoleh data. Kaedah tinjauan melibatkan sampel seramai 471 orang guru akademik yang mengajar di Tahun 1 dan 2 di Sekolah Kluster Malaysia (Rendah) dari Semenanjung Malaysia. Kaedah kualitatif pula menggunakan teknik analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian pengajaran seramai 10 orang guru akademik yang dipilih secara purposive sampling berdasarkan skor agregat min individu. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa pandangan guru mengenai autonomi dan amalan pentaksiran serta nilai pentaksiran adalah pada tahap sederhana tinggi. Kajian ini juga turut menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara autonomi guru dengan amalan pentaksiran serta nilai pentaksiran. Dapatan kualitatif menerangkan pandangan guru mengenai autonomi serta amalan pentaksiran dan turut menyokong dapatan kuantitatif mengenai tahap pandangan tersebut. Namun begitu pelbagai isu dan permasalahan di luar skop kajian timbul mengenai amalan pentaksiran yang perlu diberi perhatian oleh pihak bertanggungjawab.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/1915
dc.subjectAutonomi Guru Dan Amalan Pentaksiran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Kssr)en_US
dc.subjectDi Sekolah Klusteren_US
dc.titleAutonomi Guru Dan Amalan Pentaksiran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Kssr) Di Sekolah Klusteren_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: