Upacara Ritual Gong Tek Masyarakat Teo Chew Cina Di Malaysia: Muzik, Teks Dan Gerakan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2018-02
Authors
Tan, Yng Ling
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Masyarakat Cina yang berdialek Teo Chew di Malaysia masih kuat mempertahankan tradisinya dalam pelaksanaan upacara kematian. Upacara ritual masyarakat Teo Chew atau Gong Tek membawa maksud membuat sesuatu perkara yang baik dan bermoral tinggi supaya mendapat balasan yang baik. Upacara ini sangat penting kerana melambangkan perkara terakhir yang ahli keluarga boleh lakukan bagi pihak si mati. Selain itu, upacara ini juga bertujuan untuk menunjukkan rasa hormat dan taat setia seseorang anak kepada orang tuanya dengan harapan roh si mati akan tenteram dan pergi ke dunia akhirat dengan tenang. Penyelidikan ini menunjukkan bahawa muzik, teks dan gerakan dalam Gong Tek adalah saling berkaitan. Ketiga-tiga elemen ini ditinjau untuk mengetahui emosi yang dihasilkan dalam lagu Gong Tek. Kajian ini juga mencerakinkan fungsi alat muzik dengan jenis dan peranan lagu dalam Gong Tek. Terdapat dua ensembel dalam Gong Tek iaitu ensembel sivil yang digelar Wen Chang Yue Qi dan ensembel militari iaitu Wu Chang Yue Qi. Alat muzik dalam ensembel sivil seperti alat kordofon serta aerofon sesuai digunakan untuk lagu instrumental sivil dan lagu vokal nyanyian dan menghasilkan emosi yang tenang dan sedih. Bagi penggunaan ensembel militari yang melibatkan alat idiofon serta membranofon pula digunakan untuk lagu instrumental militari untuk mencetuskan emosi yang cemas dan tertekan. Hasil dapatan penyelidikan ini juga menunjukkan lagu-lagu dalam persembahan ritual berperanan untuk menyokong cerita persembahan ritual dan menghasilkan emosi yang tertentu.
Description
Keywords
Gong Tek membawa maksud perkara yang baik , dalam masyarakat Teo Chew di Malaysia
Citation