Hubungan Kepelbagaian Mikroalga Dengan Kualiti Air Di Dalam Kolam Udang Dan Kesan Kemasinan, Nutrien Dan Cahaya Ke Atas Pertumbuhan Chlorella Sorokiniana

dc.contributor.authorSHAARI, ASMA LIYANA
dc.date.accessioned2016-06-14T08:02:49Z
dc.date.available2016-06-14T08:02:49Z
dc.date.issued2015-05
dc.description.abstractKajian ini dijalankan bagi mengetahui spesies-spesies mikroalga yang hidup di kolam ternakan udang harimau (Penaeus monodon), serta menentukan kualiti kimia dan fizikal air kolam, spesies mikroalga yang toleran di dalam kolam sepanjang tempoh pengkulturan dan seterusnya menjalankan kajian makmal bagi menentukan pengaruh kemasinan, kandungan nutrien dan cahaya ke atas pertumbuhan mikroalga toleran tersebut. Keputusan kajian menunjukkan bahawa sepanjang 15 minggu ternakan udang dijalankan, sebanyak 18 spesies mikroalga iaitu Amphora sp., Anabaena sp., Chlamydomonas sp., Chlorella sp., Coscinodiscus sp., Cyclotella sp., Cylindrotheca closterium, Dunaliella sp., Gyrosigma sp., Lauderia sp., Nannocloropsis sp., Navicula sp., Nitzschia sp., Pleurosigma sp., Oscillatoria sp., Suriella sp., Thalasiosira sp. dan Triceratium sp. telah dikenal pasti hidup di kolam ternakan udang. Apabila persampelan dilakukan di kawasan perairan sekitar kolam pada minggu ke-15, didapati kelimpahan spesies di perairan sekitar kolam adalah lebih tinggi dengan 89% daripada spesies-spesies mikroalga tersebut ialah diatom. Walau bagaimanapun, hanya sebahagian daripada spesies diatom yang terdapat di perairan sekitar kolam ditemui di kolam udang. Komposisi spesies mikroalga yang terdapat di dalam kolam udang didapati 18 berbeza pada setiap kali persempelan. Penggantian satu spesies dengan spesies yang lain mungkin disebabkan wujudnya perubahan kimia dan fizikal air kolam. Chlorella sorokiniana dan Cylindrotheca closterium adalah merupakan spesies yang paling toleran kewujudannya di dalam kolam udang sepanjang 15 minggu penternakan. Walaupun begitu, C. sorokiniana dilihat lebih sesuai untuk dikultur dan dikaji pada skala makmal. C. sorokiniana didapati dapat bertoleransi dalam julat kemasinan yang luas (0 – 45‰) dan kemasinan optimum untuk pertumbuhannya adalah 30‰. Media Conway didapati lebih baik berbanding media f/2 untuk C. sorokiniana kerana kepekatan nitrat dan fosfat di dalam medium Conway adalah pada tahap optimun untuk pertumbuhan spesies ini. Cahaya juga mempengaruhi pertumbuhan C. sorokiniana. Keamatan cahaya sederhana (155.94±25.57 μmol foton/m2/s) dengan fotokala 12:12 jam kitaran cahaya:gelap memberikan pertumbuhan terbaik, dengan kepadatan sel yang tinggi iaitu 6.42±0.55x106 sel/ml. Keamatan cahaya yang tinggi (337.72±52.06 μmol foton/m2/s) yang dipancarkan secara berterusan 24 jam akan merencat pertumbuhan sel. Kandungan klorofil a didapati meningkat pada keamatan cahaya rendah (40.50±8.35 μmol foton/m2/s) yang dipancarkan secara berterusan 24 jam sehari, tetapi kandungan klorofil merosot di bawah cahaya tinggi selama 24 jam sehari. Cahaya merah didapati merangsang pertumbuhan C. sorokiniana dengan lebih cepat berbanding cahaya hijau, putih dan biru. Kandungan klorofil a C. sorokiniana juga sama dengan pola pertumbuhan sel iaitu paling tinggi di bawah cahaya merah dan paling rendah di bawah cahaya hijau.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2117
dc.subjectHubungan Kepelbagaian Mikroalga Dengan Kualiti Air Di Dalam Kolam Udang Dan Kesan Kemasinanen_US
dc.subjectNutrien Dan Cahaya Ke Atas Pertumbuhan Chlorella Sorokinianaen_US
dc.titleHubungan Kepelbagaian Mikroalga Dengan Kualiti Air Di Dalam Kolam Udang Dan Kesan Kemasinan, Nutrien Dan Cahaya Ke Atas Pertumbuhan Chlorella Sorokinianaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: