Pengekalan Sosiobudaya Dan Amalan Warisan Sufisme Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur Di Pulau Pinang
Loading...
Date
2015-08
Authors
Saidumasudu, Mohammed Siraaj
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini tertumpu pada komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang telah
mewujudkan penempatan mereka di Pulau Pinang sejak akhir kurun ke-19. Komuniti ini
yang dikategorikan sebagai golongan Tamil Muslim bukan pedagang telah berkembang
secara tetap dan terlibat dalam perkembangan aspek sosiobudaya di Pulau Pinang.
Penglibatan mereka adalah signfikan dari aspek sosiobudaya kepada perkembangan
komuniti ini dan masyarakat lain serta perkembangan sejarah sosial Malaysia. Oleh yang
demikian, objektif kajian ini berfokus kepada sejarah penempatan komuniti ini di George
Town, Pulau Pinang dan peranan komuniti ini dalam perkembangan aspek sosiobudaya
melalui persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat. Selain itu, kajian ini juga
menumpu pada amalan agama warisan sufisme komuniti ini di Pulau Pinang. Seterusnya,
dalam memperoleh data untuk memenuhi objektif kajian ini, pengkaji menggunakan
kaedah kajian kualitatif yang melibatkan kajian dokumen, temu bual termasuk sejarah
lisan dan pemerhatian. Dari konteks dokumen, sumber-sumber primer dan sekunder
digunakan untuk memperoleh data. Hasil kajian menunjukkan bahawa komuniti Tamil
Muslim ini mempunyai keunikan identiti rangkaian kekerabatan berasaskan nama keluarga
dan sumbangan dalam aspek sosiobudaya khususnya dalam perkembangan bidang
pendidikan Arab dan Tamil di Pulau Pinang. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa
amalan agama warisan sufisme komuniti ini mempunyai pengaruh latar belakang
penyebaran Islam dan budaya masyarakat setempat di India Selatan yang memberi impak
kepada pembentukan aspek sosiobudaya mereka di Pulau Pinang.
Description
Keywords
Sufisme , Tamil Muslim Kadayanallur