Peranan Warna Dalam Budaya Tradisional Melayu Dengan Rujukan Kepada Sulalat Al Salatin
Loading...
Date
2014-10
Authors
Ismail, Nurizzati
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sejak dahulu kala. Tanpa warna, sesuatu budaya atau masyarakat akan hilang rencahnya. Kajian ini lebih berfokus pada warna tradisional Alam Melayu berdasarkan tiga edisi Sulalat Al Salatin secara spesifiknya. Kebanyakan kajian tentang teks Sulalat Al Salatin lebih tertumpu kepada aspek kebudayaan dan adat istiadat. Walau bagaimanapun, kajian tentang warna merupakan satu topik yang agak asing dan sering dianggap sebagai satu entiti terpisah dari teks asalnya. Jika ada pun kedapatan kajian tentang warna, kebanyakannya lebih tertumpu kepada aspek busana dan perhiasan tanpa sebarang ulasan terperinci tentang warna dalam Sejarah Melayu dan pelbagai perspektif lain. Ini boleh dilihat daripada karya Siti Zainon Ismail, Raja Masittah, Asmah Haji Omar, Syed Ahmad Jamal, Nawawee Muhammad dan lain-lain. Jadi kajian ini cuba mengungkai semula, peranan warna dalam Alam Melayu dari perspektif karya Sulalat Al Salatin secara khususnya. Kajian akan mengumpul data berbentuk deskriptif dan secara kualitatif seterusnya menjalankan penganalisaan keatasnya. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa peranan warna dalam karya Sulalat Al Salatin. Hal inilah yang akan menjadi sorotan utama dalam kajian ini.
Description
Keywords
Warna tradisional Alam Melayu , berdasarkan tiga edisi Sulalat Al Salatin