Keupayaan menampung fizikal di Pulau Pangkor
Loading...
Date
2002-03
Authors
Che Rose, Rosniza Aznie
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Menyusuri pantai di negeri Perak, di iitara Selangor. Terletak kepulauan yang indah tanpa
perlu dipersoalkan lagi yang terdiri daripada teluk-teluk kecil dan pantai-pantai yang
terbaik di pantai barat Semenanjung Malaysia. Pulau Pangkor mempengaruhi wujudnya
kemudahsampaian, infrastruktur dan pembangunan. Justeru, pembangunan Pangkor
dalam bidang pelancongan telah mendapat sokongan, galakan dan intensif yang istimewa
daripada Kerajaan. Hasrat kerajaan adalah untuk menjadikan Pangkor sebagai destinasi
pelancongan terunggul di rantau ini setaraf dengan Bali ~an Phuket.
Hasil penemuan kajian, konsep keupayaan daya tampung menekankan kepada keadaankeadaan
fizikal dan alam sekitar yang diingini dan boleh digunakan untuk mengenalpasti
ambang-ambang yang memerlukan perhatian. Keupayaan daya tampung membayangkan
bahawa terdapat had ambang terhadap penggtmaan, jika terlampau maka keadaan di
pesisiran pantai akan terjejas, kemudahan-kemudahan akan menjadi tepu dan rasa puas
hati di kalangan pengtmjung akan hilang. Ini mempakan ciri-ciri utama bagi sektor
pelancongan yang mampan dan harns dipelihara. Lazimnya, setiap penggunaan manusia
terhadap alam sekitar yang semulajadi akan mengakibatkan beberapa perubahan kepada
alam sekitar.
Tumpuan konsep ini ialah mengenalpasti keupayaan daya tampung fizikal di Pulau
Pangkor, berapa banyak pembahan yang boleh diterima bagi sesuatu persekitaran dan
mengutarakan tindakan yang mungkin boleh diambil untuk mengurangkan atau
menghadkan kesan-kesan bumk terhadap persekitaran pantai di Pangkor.
Oleh yang demikian, kajian ini direkabentuk khusus untuk meninjau kedudukan Pulau
Pangkor di dalam penilaian keupayaan daya tampung fizikal. Basil daripada kajian
diharapkan dapat membantu pihak berkuasa pelancongan untuk meramal hala tuju dan
setemsnya merangka strategi yang sewajarnya.
Description
Keywords
Keupayaan daya tampung membayangkan bahawa , terdapat had ambang terhadap penggtmaan