Strategi Pengurusan Insan Universiti Sains Malaysia (Usm): Satu Kajian Dari Perspektif Islam

Loading...
Thumbnail Image
Date
2017-08
Authors
Luat, Lenny
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan meneliti strategi pengurusan insan Universiti Sains Malaysia dan kajian dari perspektif Islam sebagai fokus kajian. Kajian ini cuba merungkai isu-isu sosial yang membabitkan insan di institusi-institusi masa kini. Penyelidikan mendapati pelbagai isu membabitkan insan melibatkan skandal-skandal korporat seperti penyelewengan, manipulasi, rasuah dan pecah amanah dilakukan di institusi-institusi di seluruh dunia. Selain itu, pelbagai isu sosial berkaitan insan antaranya seperti pembunuhan, rompakan dan perjudian. Justeru, timbul persoalan apakah strategi yang paling sesuai dalam mengurus insan pada masa kini? Oleh itu, kajian ini meneliti strategi pengurusan insan dari perspektif Islam yang diaplikasikan oleh USM. Justeru timbul persoalan, sejauh manakah USM merealisasikan strategi pengurusan insan yang dilakukan untuk membentuk insan di USM? Persoalannya, bagaimanakah strategi pengurusan insan yang dipakai oleh USM sekiranya dilihat dari perspektif Islam? Bertitik tolak daripada isu ini, kajian ini cuba meneliti strategi yang telah digunakan oleh USM untuk memastikannya mencapai matlamatnya sebagai universiti APEX yang pertama di Malaysia. Terdapat tiga objektif yang dikemukakan iaitu pertama, mengenal pasti strategi pengurusan insan dari perspektif Islam; kedua menganalisis strategi pengurusan insan USM dari perspektif Islam; serta ketiga, merumuskan strategi pengurusan insan USM dari perspektif Islam. Untuk menjawab objektif tersebut, kajian ini menggunakan kaedah kajian penjelasan. Kajian ini turut menggunakan kaedah kajian dokumen, temu bual semi berstruktur dan pemerhatian turut serta untuk pengumpulan data primer. Selain itu, kajian ini juga turut menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk pengumpulan data sekunder dalam tesis ini. Kajian kepustakaan ini digunakan untuk meneliti pengurusan insan, strategi pengurusan insan serta USM menerusi kajian-kajian terdahulu, karya-karya berkaitan, laporan tahunan USM, ucapan naib canselor dan perkembangan semasa berkaitan dengan tesis ini. Kesemua data dianalisis menggunakan analisis dokumen. Hasil dapatan kajian ini mendapati elemen material dan spiritual diberi penekanan dalam strategi pengurusan insan dari perspektif Islam di USM. Kedua-dua elemen ini diberi penekanan dalam pembentukan strategi pengurusan insan dari perspektif Islam untuk kakitangan USM.
Description
Keywords
Strategi pengurusan insan Universiti Sains Malaysia , perspektif Islam sebagai fokus kajian
Citation