Kajian Ruang Makan Tepi Jalan Untuk Membina Tempat Di Pusat Bandar Kuala Lumpur

Loading...
Thumbnail Image
Date
2010-12
Authors
Abu Bakar, Norhayati
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti aspek fizikal dan kepuasan pengunjung yang diperlukan bagi membina ruang makan tepi jalan di pusat bandar Kuala Lumpur, dan mengenalpasti kriteria-kriteria yang menentukan sesebuah kedudukan ruang makan tepi jalan yang saling responsif terhadap aspek fungsi, aktiviti dan visual dengan karektor persekitarannya. Kajian ini menerokai pengertian tempat dan ruang untuk lebih memahami bagaimana suasana sesebuah tempat atau ruang terbentuk dengan kualiti yang terbina.Tempat terdiri daripada yang bersempadan atau tanpa sempadan fizikal. Contohnya, lingkaran cahaya mengelilingi unggun api membentuk sempadan tempat dan tenaga haba di dalamnya membentuk ruang berkenaan. Tempat dan ruang mempengaruhi tumpuan rasa (felt value) manusia dengan mendorong pemikiran mentafsirkan nilai seni fizikal dan tingkah laku manusia yang saling berkait untuk merasai tempat.Sesebuah tempat dan ruang yang mampu memberi kepuasan kepada pengguna dikatakan mempunyai aura ‘sense of place’.Elemen fizikal dan persekitaran tempat yang terbentuk dengan keindahan memberi tarikan dan membina ikatan kepada manusia untuk merasai ketenangan.Aura ‘sense of place’ wujud dengan kualiti-kualiti yang terbina di sesebuah tempat.Dalam kajian ini kualiti-kualiti yang terbina dan kualiti-kualiti yang perlu dibentuk untuk memberi kepuasan pengunjung dan persekitaran RMTJ dikenalpasti.
Description
Keywords
Ruang Makan Tepi Jalan , Membina Tempat Di Pusat Bandar
Citation