Kemalangan Jalan Raya Daripada Perspektif Perancangan Fizikal Jalan : Kajian Kes Jalan Persekutuan Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-05
Authors
Kiew, Wari
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Jalan raya secara amnya dapat menghubungkan manusia dari satu tempat dengan tempat yang lain dan memberi kesan kebaikan yang amat besar kepada aktiviti ekonomi, sosial dan politik dalam sesebuah negara. Di samping itu tidak dapat dinafikan jalan raya juga memberi kesan negatif iaitu kemalangan jalan raya yang mengorbankan nyawa dan kerugian harta benda. Mengetahui punca kecelakaan dengan melihat aspek perancangan fizikal jalan adalah fokus kajian ini dengan memilih kawasan kajian di jalan persekutuan Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Objektif kajian yang ditetapkan adalah mengenalpasti beberapa perkara seperti bentuk taburan kemalangan jalan raya dan kawasan-kawasan utama kemalangan jalan raya yang kerap berlaku. Dalam masa yang sama usaha bagi mengenalpasti bentuk perancangan fizikal jalan yang terdapat di kawasan kajian dan akhir sekali usaha untuk melihat sama ada terdapat hubungan di antara bentuk perancangan fizikal jalan dengan jumlah kemalangan di kawasan kajian. Kaedah kajian ditetapkan bagi mencapai objektif di atas dengan cara menjalankan satu kajian kes yang mengaplikasikan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Data-data kemalangan dalam tempoh masa lima tahun iaitu dari tahun 2004 hingga 2008 dikumpul dan diproses menggunakan program komputer dengan mengaplikasikan program Statistical Package of Sosial Sciences for Window Version 16.0. (SPSS) dan program Microsoft Office Excell 2007. Manakala untuk melihat bentuk perancangan fizikal jalan dan ciri-ciri fizikal jalan yang wujud di kawasan kajian, penyelidik mengaplikasikan cara pemerhatian, membuat audit tapak dan rakaman gambar serta menjalankan analisis mengikut pendekatan kualitatif.
Description
Keywords
Kemalangan jalan raya daripada perspektif , perancangan fizikal jalan
Citation