Kesan Pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak Terhadap Komuniti Tempatan: Kajian Kes Di Nod Pertumbuhan Samalaju

dc.contributor.authorEchoh, Daniel Ugih
dc.date.accessioned2019-04-09T08:06:01Z
dc.date.available2019-04-09T08:06:01Z
dc.date.issued2018-05
dc.description.abstractWalaupun perancangan pembangunan wilayah seperti dalam koridor telah dilaksanakan, tetapi ketidakseimbangan pembangunan masih berlaku di mana kemiskinan dalam kalangan Bumiputera masih wujud terutamanya di Sarawak. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji kesan pelaksanaan projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak di nod pertumbuhan Samalaju terhadap status sosioekonomi Bumiputera di kawasan tersebut. Empat objektif kajian ini iaitu untuk mengenalpasti kesan pelaksanaan projek koridor tersebut terhadap ekonomi, sosial dan alam sekitar di petempatan komuniti Bumiputera di nod pertumbuhan Samalaju. Kajian ini juga mengkaji hala tuju nod pertumbuhan Salamaju sebagai pusat pertumbuhan wilayah baru. Seramai 305 orang komuniti Bumiputera telah dipilih sebagai responden daripada kampung Kuala Nyalau, Nyalau Tengah, Rumah Sagoh dan Hulu Nyalau. Proses pengutipan data dilakukan menggunakan gabungan kaedah kajian kualitatif dan kuantitatif. Responden dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan, teknik pemilihan rawak dan snow ball. Kajian berbentuk kualitatif dilakukan menggunakan teknik temubual mendalam, perbincangan kumpulan berfokus dan melalui pemerhatian. Sementara kajian berbentuk kuantitatif pula melibatkan survei melalui temubual bersemuka. Data kualitatif dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan sementara data kuantitatif pula dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar daripada projek tersebut adalah berbeza mengikut lokasi dan jarak petempatan responden di antara keempat-empat kampung yang dikaji dengan projek tersebut dan jalan raya utama.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7948
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKesan pelaksanaan koridor tenaga diperbaharuien_US
dc.subjectSarawak terhadap komuniti tempatanen_US
dc.titleKesan Pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak Terhadap Komuniti Tempatan: Kajian Kes Di Nod Pertumbuhan Samalajuen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: