Perubahan Biokimia Cecair Serebrospina pesakit- pesakit Kecederaan Trauma Parah di Kepala Kaedah Persampelan Terus
Loading...
Date
2004-01
Authors
Othman, Che Noriah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Gangguan di dalam homeostasis ion dan pengutus saraf dikenalpasti sebagai
mekanisme mungkin yang paling penting yang menyumbang kepada pembentukan
kerosakan otak sekunder selepas kecederaan trauma di kepala. Tujuan kajian ini
.dijalankan adalah untuk melihat perubahan yang berlaku pada biokimia cecair
serebrospina [ CSF 1 otak selepas kecederaan parah di kepala dan untuk melihat
perhubungan di antara biokimia CSF dengan keparahan kecederaan melalui teknik
persampelan terus CSF dari pesakit-pesakit kecederaan parah di kepala.
Kajian ini dijalankan dari Januari 2000 hingga Oisember 2000. Subjek adalah
terdiri daripada 42 orang pesakit kecederaan trauma parah di kepala
[ Skor Koma Glasgow ( GCS ) ~ 8 ] dan memerlukan permonitoran intrakranial
yang dirujuk ke Unit Rawatan Rapi [ ICU 1, Hospital Universiti Sains Malaysia
[ HUSM ]. Pesakit yang mempunyai kecederaan sampingan parah lain dan yang
mengidap penyakit kronik seperti koronari, hipertensi dan kencing man is tidak
dipilih untuk kajian. Semua pesakit melalui protokol rawatan untuk kes kecederaan
otak parah. Tidak ada intervensi tambahan yang diperlukan untuk tujuan kajian ini.
Pesakit dikelaskan kepada tiga k_umpulan mengikut tahap tekanan intrakranial
[ ICP ] : Kumpulan 1 [ICP::: 10mmHg ], Kumpulan 2 [ ICP > 10 < 18mmHg 1 dan
kumpulan 3 [ ICP ~ 18mmHg ]. Bacaan tanda vital diambil dari setiap pesakit
sebaik sahaja pers·ampelan dimulakan. 1 ml sampel CSF [ melalui kateter
intraventrikel yang dipasang sebagai salah satu tatacara rawatan ], dan 2.5ml
sampel darah vena dan arteri diambil dari setiap pesakit. Semua sam pel dijalankan
ujian untuk glukosa menggunakan Sistem Glukometer Elite [ Bayer ] diikuti oleh
analisis untuk pH, p02, pC02, % ketepuan oksigen, bikarbonat dan hemoglobin,
laktat dan cr menggunakan penganalisis automatik [ Radiometer A VL 700].
Semua sam pel kemudiannya diem par dan supernatan diambil dan dilakukan ujian
untuk, Na +, K+ menggunakan Fotometer Cahaya. Analisis statistik dijalankan
menggunakan ujian One Way Analysis of Variance ( ANOVA ) dan ujian korelasi.
Keputusan dibentangkan dalam purata ± SEM ( ralat piawai )
CSF kalium dan laktat telah menunjukkan korelasi positif yang signifikan dengan
ICP [ r = 0.492 dan r = 0.627 masing-masing ]. Ca ++, glukosa dan laktat telah
menunjukkan korelasi positif yangsignifikan dengan K+ [ r = 0.786, r = 0.645 dan
r = 0.542 masing-masing]. Walau bagaimanapun tidak ada korelasi di antara Na +,
cr, Ca ++, glukosa dan laktat dengan p02 ditunjukkan.
CSF kalium meningkat pada pesakit-pesakit yang lebih parah kecederaannya
[ p ~ 0.01 ]. Purata nilai CSF kalium dalam kumpulan 1 [ ICP ~ 10mmHg ],
kumpulan 2 [ ICP >10 < 18mmHg ] dan kumpulan 3 [ ICP ~ 18mmHg ] adalah
2.090.± 0.16, 2.600 ± 0.12 dan 2.650 ± 0.11 .. Paras Glukosa pula meningkaJ
dengan signifikan apabila dibandingkan di antara kumpulan 1 dan kumpulan 2
[ p ~ 0.05]. Walau bagaimanapun paras glukosa tidak menunjukkan sebarang
perbezaan yang signifikan apabila dibandingkan di antara kumpulan 1 dengan
kumpulan 3 dan kumpulan 2 dengan kumpulan 3. Purata glukosa CSF di dalam
kumpulan 1, 2 dan 3 adalah 4.97 ± 0.47, 6.74 ± 0.61 dan 5.62 ± 0.46 masingmasing.
Tekanan perfusi serebral [ CPP ] pula telah menunjukkan penurunan yang
signifikan berbanding keparahan kecederaan [ p < 0.05 ]. Nilai CPP di dalam
kumpulan 1, 2 dan 3 adalah 83.16 ± 4.53, 72.52 ± 4.33 dan 57.84 ± 4.9 masingmasing.
Walau bagaimanapun peratus ketepuan oksigen menunjukkan nilai yang
lebih tinggi secara signifikan pada pesakit-pesakit yang lebih teruk kecederaannya
[ p < 0.05 ]. Perbandingan di antara kumpulan 1 dan kumpulan 3 adalah 96.77 ±
0.51 dan 98.46 ± 0.45 masing-masing.
Keputusan ini menyokong keputusan yang diperolehi oleh pengkaji-pengkaji lain
yang menggunakan peralatan-peralatan lain yang lebih canggih seperti
mikrodialisis dan MRS. [ Magnetic resonance spectroscopy 1. Mikrodialisis dan
MRS memberi nilai yang mewakili perubahan setempat manakala -nilai yang
diperolehi melalui kaedah kajian ini adalah lebih mewakili perubahan biokimia otak
keseluruhan dan perubahan klinikal pesakit. Oleh itu dicadangkan bahawa teknik
persampelan terus CSF dapat digunakan sebagai satu kaedah alternatif yang lebih
mudah dan murah untuk membuat jangkaan prognosis pesakit-pesakit kecederaan
trauma parah di kepala.
Description
Keywords
Perhubungan di antara biokimia , dengan keparahan kecederaan