Kerentanan Dan Adaptasi Terhadap Mangsa Banjir Di Daerah Padang Terap, Kedah

Loading...
Thumbnail Image
Date
2017-08
Authors
Said, Mohd Zulhafiz
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Banjir di daerah Padang Terap semakin kerap berlaku sejak tahun 2000 sehingga 2010. Jumlah kerosakan dan kemusnahan yang dialami mencecah sehingga RM 16 juta. Bagi tahun 2010, jumlah kerosakan dan kemusnahan yang dialami adalah RM 5 juta. Jumlah kewangan yang digunakan bagi mengurangkan beban mangsa banjir mencecah sehingga RM 20 juta sepanjang tahun 2000 hingga 2010. Kos yang tinggi ini boleh dikurangkan jika strategi bersepadu untuk mengurangi impak banjir boleh digubal, namun data berkenaan kawasan dan mangsa banjir serta faktor-faktor yang mempengaruhi tahap adaptasi perlu ada. Oleh sebab itu kajian kerentanan dan adaptasi terhadap mangsa banjir di daerah Padang Terap, Kedah dilakukan. Tiga objektif kajian adalah mengenalpasti profil kawasan dan mangsa banjir, menganalisis faktor-faktor yang menyebabkan kerentanan banjir dan mengenal pasti dan menilai adaptasi sedia ada mangsa banjir seterusnya memberi cadangan meningkatkan adaptasi mangsa banjir di daerah Padang Terap, Kedah. Pendekatan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif digunakan melibatkan kaedah perbincangan kumpulan fokus (FGD) dan pemerhatian bagi kaedah kualitatif, manakala bagi kaedah kuantitatif tinjauan isi rumah dijalankan. Data kualitatif dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Analisis data kuantitatif pula menggunakan ujian statistik deskriptif dan ujian silang-selang melalui perisian PASW serta penilaian kerentanan dan adaptasi untuk mengenal pasti risiko terhadap banjir. Dapatan kajian menunjukkan topografi, jarak rumah dengan sungai dan keadaan pusat pemindahan banjir mempengaruhi kerentanan terhadap banjir. Penilaian kerentanan dan adaptasi mendapati kerentanan terhadap banjir lebih tinggi berbanding adaptasi terhadap banjir yang menunjukkan bahawa daerah Padang Terap adalah berisiko banjir.
Description
Keywords
Kerentanan dan adaptasi terhadap Mangsa banjir , di daerah padang terap, Kedah
Citation