Reka Bentuk Dan Implementasi Penyongsang Berkaskad Pelbagai Peringkat Bersuis Minimum Menggunakan Litar Pemampas Untuk Sistem PV
Loading...
Date
2018-09-01
Authors
Tarmizi, Mr
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Dalam sistem fotovoltaik (PV) penyongsang digunakan untuk menukarkan bekalan
elektrik dari arus terus (A.T) ke arus ulang-alik (A.U). Penyongsang pelbagai
peringkat dikelaskan dalam tiga jenis iaitu: Kapit-Diod, Pemuat-Terbang dan
penyongsang berkaskad pelbagai peringkat. Sehingga kini, banyak pembangunan
penyongsang berkaskad pelbagai peringkat telah dibangunkan seperti penyongsang
MLI-DC Link, CMLI-MNS, MLI-SSPS, MLI-SCSS, penyongsang MLM, MLI-RV,
MLI-2SELG dan CMLI-MNCS. Tetapi kebanyakan penyongsang ini menggunakan
bilangan suis dan sumber dalam kuantiti yang besar untuk mendapatkan peringkat
keluaran yang tinggi. Tujuan daripada penyelidikan ini ialah merekabentuk dan
membangunkan penyongsang pelbagai peringkat serta empat penukar dorongan untuk
implementasi pada PV banyak panel (sekurang-kurangnya 15 panel). Keluaran yang
dirancang mengandungi nilai jumlah herotan harmonik (THD) rendah (di bawah 3%)
dan kecekapan yang lebih tinggi (di atas 90%) pada beban rintangan dan induktif.
Penyongsang pelbagai peringkat dalam penyelidikan ini ialah sebuah topologi baru
iaitu penyongsang pelbagai peringkat menggunakan bilangan suis dan sumber dalam
kuantiti yang rendah untuk mendapatkan peringkat yang lebih tingi. Topologi ini juga
dibangunkan bersama litar pemuat pemampas untuk menghilangkan voltan runcing
pada beban induktif. Topologi yang diperkenalkan boleh dipanggil sebagai
penyongsang berkaskad pelbagai peringkat bersuis minimum menggunakan litar
pemampas (MLIMS-CC). Litar topologi terdiri daripada penjanaan peringkat, titi-H,
dan litar pemuat pemampas (CC). Sebanyak empat sumber A.T asimetri dan 8 peranti
suis digunakan. Litar pemuat pemampas terdiri daripada 6 pemuat dan 6 geganti dan
gabungan selari daripada capasitor pemampas mampu menghasilkan 63 nilai
kapasitif. Nilai pemuat pemampas ditentukan oleh kuasa reaktif beban, menerusi
sistem kawalan suapbalik. Topologi yang dibangunkan menghasilkan 31 peringkat
gelombang output. Pada beban rintangan kuasa 600 watt kecekapan 97% dan nilai
THDv =1.6%, THDi=1.7% diperolehi. Untuk beban induktif pada kuasa 619.8W
kecekapan 94,3% dan nilai THDi=1.1%, THDv=1.8% diperolehi. Dalam aplikasi
pada PV dan pengunaan penukar dorongan, nilai kecekapan keseluruhan terdapat
sedikit penurunan kepada 95.7% pada beban rintangan dan 93.81% pada beban
induktif. Litar pemuat pemampas yang dibangunkan boleh menghilangkan voltan
runcing dan mengurangkan THDi daripada 14.5%, turun ke 9.3% dan THDv 20.6%
turun ke 1.3% hasil ujikaji pada beban lampu kalimantang.