Karya-Karya Autobiografi Dan Travelog Abdullah Munsyi: Satu Kajian Rundingan Identiti

Loading...
Thumbnail Image
Date
2018-01
Authors
Mohd Noor, Noordin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Abdullah Munsyi mempunyai identiti sebagai seorang Peranakan Keling dan identitinya berbeza daripada identiti Melayu dan Barat. Namun beliau dapat menempatkan dirinya sebagai tokoh yang dihormati dan dikenali oleh masyarakat Melayu dan Barat khususnya Inggeris. Bagaimanakah Abdullah dapat melakukannya? Kajian ini mempunyai tiga tujuan yang berhubungan. Tujuan pertama ialah menganalisis rundingan identiti yang terjadi antara Abdullah dengan golongan yang disasarkannya. Tujuan kedua ialah mengkaji bagaimana Abdullah melakukan rundingan identiti tersebut. Tujuan ketiga ialah mengetahui hasil rundingan tersebut. Kajian ini menggunakan teori rundingan identiti yang dikemukakan oleh William B. Swann dan diperkukuhkan oleh Larry A.Samnovar, North,R.J dan Mark Snyder. Kajian ini mengkaji tiga buah karya Abdullah iaitu Hikayat Abdullah, Kisah Perlayaran Abdullah dari Singapura ke Kelantan dan Kisah perlayaran Abdullah dari Singapura ke Mekah. Kajian ini membuktikan terdapat dua hala rundingan identiti yang terjadi antara Abdullah dengan masyarakat yang disasarkannya. Pertama, Abdullah melakukan verifikasi kendiri kepada masyarakat Melayu dengan memperlihatkan gelagat sebagai guru bahasa Melayu, guru mengaji al Quran dan jurutulis bahasa Melayu. Gelagat Abdullah disahkan oleh masyarakat Melayu dengan menjadikan Abdullah sebagai pakar rujuk dalam bidang bahasa Melayu dan guru al Quran. Golongan bukan Melayu seperti Cina dan Peranakan Keling yang lain pun turut mengesahkan gelagatnya iaitu berkenaan kepandaian dalam bidang bahasa. Apabila berhadapan dengan pihak Inggeris pula, Abdullah membuat verifikasi kendiri dengan gelagatnya sebagai pakar rujuk bahasa dan budaya Melayu yang berfikiran progresif iaitu pro kepada Inggeris.
Description
Keywords
Karya-karya autobiografi dan , travelog Abdullah Munsyi
Citation