Pilihan Raya Dan Identifikasi Parti Masyarakat Pulau Pinang : Kajian Kes Bayan Baru

dc.contributor.authorALI, AHMAD
dc.date.accessioned2016-04-08T07:04:36Z
dc.date.available2016-04-08T07:04:36Z
dc.date.issued2015-02
dc.description.abstractDua perkara utama yang menjadi fokus kajian tesis ini ialah penyertaan dalam pilihan raya dan identifikasi parti masyarakat Pulau Pinang. Identifikasi parti merujuk kepada perasaan pertalian jangka panjang yang timbul dalam diri pengundi terhadap sesebuah parti politik tertentu. Orang yang mempunyai identifikasi dengan sesebuah parti politik boleh dikenal pasti dengan sokongan mereka seperti berikut : mereka mendaftar sebagai ahli parti tersebut, menunjukkan kecenderungan yang kuat untuk mengundi calon-calon parti tersebut dalam kebanyakan pilihan raya, serta mempunyai kecenderungan untuk menyokong dasar-dasar parti tersebut. Oleh itu identifikasi parti menjadi salah satu faktor terpenting yang mempengaruhi pengundi semasa membuat pemilihan dalam pilihan raya. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji faktor-faktor sebilangan rakyat terutama golongan belia dan golongan berpendapatan rendah tidak mengundi dalam pilihan raya negara, menganalisis sama ada masyarakat Pulau Pinang sebenarnya mempunyai identifikasi dengan mana-mana parti politik utama dari komponen Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) dan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan mereka, mengkaji sama ada keluarga masih mempengaruhi identifikasi parti masyarakat serta keputusan mengundi mereka dan sama ada perkauman menjadi faktor utama bagi masyarakat membuat pemilihan semasa pilihan raya.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/1825
dc.subjectPilihan Raya Dan Identifikasi Parti Masyarakat Pulau Pinangen_US
dc.subjectKajian Kes Bayan Baruen_US
dc.titlePilihan Raya Dan Identifikasi Parti Masyarakat Pulau Pinang : Kajian Kes Bayan Baruen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: