Penentu Pemilihan Institusi Perbankan Islam Dalam Kalangan Muslim Di Terengganu

dc.contributor.authorAdnan, Ahmad Azrin
dc.date.accessioned2018-09-13T07:38:25Z
dc.date.available2018-09-13T07:38:25Z
dc.date.issued2010-10
dc.description.abstractIndustri kewangan Islam di peringkat global dan Malaysia diakui berkembang pesat. Di sebalik perkembangan ini, setidak-tidaknya wujud tiga permasalahan utama dalam kalangan pengguna perbankan khususnya Muslim di Malaysia. Pertama ialah tentang penguasaan pasaran perbankan Islam yang masih lagi kecil berbanding perbankan konvensional meskipun Muslim adalah kumpulan populasi terbesar di Malaysia. Kedua ialah tentang kedudukan aspek pendidikan kepenggunaan yang tidak berada di tahap yang terbaik. Ketiga ialah tentang kedominan faktor pertimbangan agama (FPA) dalam kalangan pengguna Muslim apabila berurusan dengan bank pada ketika FPA terbukti secara empirikal tidak menjadi paling utama. Berdasarkan realiti ini, cukup menarik untuk diteliti apakah benar pengguna Muslim yang berurusan dengan institusi perbankan Islam (IPI) didorong oleh perasaan takutkan Allah atau hanya sekadar mengikut ragam masa kini bahawa orang Islam perlu memilih bank Islam? Apakah wujud masyarakat Muslim yang ideal di Malaysia, khususnya di negeri yang paling awal menerima kedatangan Islam di Malaysia dan terkenal dengan suasana pendedahan nilai-nilai keIslaman? Justeru, kajian ini cuba mencapai tiga objektif. Pertama ialah mengenal pasti penentu pemilihan bank menurut Muslim yang ideal (PPBMMI). Kedua pula ialah menganalisis realiti penentu pemilihan IPI dalam kalangan Muslim di Terengganu. Ketiga pula ialah menilai kepatuhan PPBMMI dalam kalangan Muslim di Terengganu. Untuk itu, kajian ini terbahagi kepada dua fasa yang dijalankan secara berperingkat.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/6567
dc.language.isoenen_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectBanks and bankingen_US
dc.titlePenentu Pemilihan Institusi Perbankan Islam Dalam Kalangan Muslim Di Terengganuen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: