Analisis Ciri-Ciri Terpilih Wacana Forensik Dalam Interaksi Siasatan Kes Jenayah

Loading...
Thumbnail Image
Date
2020-11
Authors
Yusoff, Md Zahril Nizam Md
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan keterangan undang-undang jenayah dari sudut pandangan linguistik, khususnya analisis wacana dengan menggunakan data forensik. Keterangan undang-undang yang dimaksudkan ialah wacana perbualan yang terhasil sewaktu sesi soal siasat polis dengan suspek jenayah. Objektif kajian ini adalah untuk 1. menganalisis amalan wacana yang merangkumi proses penghasilan, 2. menghuraikan struktur wacana dari sudut kawalan interaksi, dan 3. menghubungkaitkan amalan wacana dan kawalan interaksi dengan praktis sosial. Lokasi kajian dijalankan di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Data perbualan diperoleh melalui rakaman audio semasa interaksi antara pegawai penyiasat jenayah (PPJ) dengan orang salah jenayah (SBJ), kemudian data ditranskripsikan dalam bentuk tulisan. Sebanyak 11 jenis data perbualan telah dipungut sepanjang tempoh kajian lapangan. Kajian ini menggunakan kerangka analisis wacana kritis Fairclough (1992a, 1992b, 1995, 2001 & 2003) yang melibatkan elemen tiga dimensi, yakni analisis teks, analisis amalan wacana dan analisis sosial untuk menganalisis data secara deskriptif. Data juga dianalisis bersama-sama dengan keterangan modus operandi (KMO). Analisis teks yang memfokuskan struktur wacana mendapati kawalan interaksi seperti celahan ambil gilir, dominasi topik dan kegagalan kawalan topik digunakan oleh SBJ untuk mengganggu perbualan yang berlangsung. Di samping itu, eksplisit penekanan dan pengenalan semula topik menjadi strategi pertanyaan PPJ untuk mencungkil pengakuan SBJ. Analisis amalan wacana pula mendapati SBJ merepresentasi wacana melalui ujaran langsung dan ujaran tak langsung untuk penganalogian cerita. PPJ turut memanfaatkan ujaran tak langsung daripada maklumat mangsa untuk mengesahkan peristiwa. Selanjutnya, praandaian PPJ menyebabkan kesukaran SBJ memberi respons. Praandaian SBJ menimbulkan kekaburan maklumat dan menyembunyikan sebahagian maklumat. Unsur representasi wacana dan praandaian ialah intertekstualiti teks yang menjelaskan pertalian antara teks semasa dengan teks lampau. Seterusnya, SBJ memproses wacana dengan penggunaan daya ujaran seperti penawaran, kehendak, pertanyaan dan pernyataan, sebaliknya PPJ hanya menggunakan daya ujaran pernyataan dan pertanyaan. Setiap kategori daya ujaran ini memiliki kepelbagaian fungsi bahasa yang tersendiri. Dapatan kajian daripada kedua-dua analisis ini menunjukkan wujudnya kuasa pemeran yang terselindung dalam wacana. Kajian ini telah membuktikan pengetahuan linguistik dapat memberi maklumat kebolehpercayaan dan kesahan terhadap suatu keterangan undang-undang.
Description
Keywords
linguistic
Citation