Membangun Kembali Perumahan Masyarakat Desa Lambung Dengan Berdasar Kepada Aspek Sosio-Budaya

dc.contributor.authorHasbi, Muhammad Anshari
dc.date.accessioned2017-02-20T07:17:42Z
dc.date.available2017-02-20T07:17:42Z
dc.date.issued2006-04
dc.description.abstractDesa Lambung merup~kan antara kawasan perkampungan di Aceh yang mengalami kemusnahan yang teruk akibat daripada bencana tsunami. Sedia maklum bahawa, bencana atau tragedi alam ini telah mengakibatkan lebih daripada 60 peratus penduduk Desa Lam bung telah terkorban serta mengakibatkan hampir 100 peratus rumah serta kemudahan infrastruktur mengalami kerosakan yang teruk. Usaha membangun kembali Desa Lambung pada waktu ini sedang giat dilaksanakan terutamanya dari aspek konsep susun atur yang barn. Oleh itu, k~ian ini adalah bertujuan untuk melihat bagaimana pembangunan semula memberi kesan terhadap sosio-budaya masyarakat Desa Lambung. Dalam hal ini, penulis ingin melihat sejauh mana aspek sosio-budaya mampu dikekalkan atau diabaikan dalam usaha pembangunan semula perumahan yang baru. Metodologi kajian yang akan digunakan dalam penyelidikan ini adalah seperti penggunaan kaedah kualitatif di mana penulis akan melakukan pengamatan dan temubual bersama masyarakat setempat dan pihak penggubal dasar untuk mendapatkan segala maklumat yang diperlukan. Di samping itu, pengumpulan data sekunder juga turut dilakukan melalui penggl!naan data sokongan daripada kajian literatur yang berkaitan. Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa struktur organisasi kampung adalah di antara aspek sosiobudaya yang masih lagi dikekalkan seperti penyelenggaraan dan pengurusan kampung di bawah tanggungjawab Ketua Kampung, pelaksanaan kegiatan mesyuarat, penyelenggaraan kembali usaha sosial dan ekonomi serta usaha untuk mewujudkan semula rekabentuk rumah tradisional Aceh. Manakala, aspek sosiobudaya yang telah diabaikan dalam usaha pembangunan semula Desa Lambung pula adalah berkenaan perubahan susun atur perumahan, ketidakmampuan untuk menyediakan semula peketjaan kepada penduduk setempat serta perubahan tingkahlaku masyarakat yang mengambil keputusan untuk tidak tinggal semula ke Desa Lambung.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3757
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectMembangun kembali perumahanen_US
dc.subjectMasyarakat desa Lambung.en_US
dc.titleMembangun Kembali Perumahan Masyarakat Desa Lambung Dengan Berdasar Kepada Aspek Sosio-Budayaen_US
dc.typeOtheren_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: