Pemikiran Akidah Ibnu Taymiyyah Dan Muḥammad Bin ‘Abd Al-Wahhāb Dalam Isu Mujassimah Dan Takfīrī: Satu Kajian Perbandingan
Loading...
Date
2020-06
Authors
Hj Abdul Halim, Mohamad Zaki
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Ibnu Taymiyyah dan Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb adalah dua tokoh ilmuwan Islam yang menjadi kontroversi lantaran pemikiran dan pendekatan dakwah mereka telah mencetuskan pelbagai polemik di kalangan masyarakat. Kemunculan mereka menimbulkan reaksi yang berbeza antara penyokong dan pengkritik. Beberapa isu yang dikaitkan dengan mereka telah menimbulkan ketegangan di kalangan orang Islam. Kajian yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk menganalisis perbandingan bagi melihat titik persamaan dan perbezaan antara kedua-dua tokoh pemikir ini khususnya dari sudut metodologi akidah dan perbahasan tauhid yang melibatkan isu mujassimah dan takfīrī. Benarkah dakwaan tentang rujukan utama Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb adalah Ibnu Taymiyyah dan terpengaruh dengan gaya pemikirannya? Begitu juga tentang isu mujassimah dan takfīrī, adakah benar dakwaan ini dikaitkan dengan kedua-dua mereka dan bagaimana kebenarannya?
Description
Keywords
Pemikiran Akidah , Mujassimah Dan Takfīrī