Penggunaan Alga Perifiton Di Dalam Penilaian Status Kualiti Air Lembangan Sungai Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2002-07
Authors
Wan Omar, Wan Maznah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Status kualiti air Lembangan Sg. Pinang ditentukan melalui pemantauan fisikokimia dan penunjuk alga perifiton pada substrat buatan (slaid kaca). Indeks kualiti air (IKA) yang dikira berdasarkan nilai min en am parameter (DO, BOD, COD, pH, Nammonia dan pepejal terampai) mendapati stesen A adalah bersih, stesen B dan C agak bersih dan stesen I sederhana tercemar, manakala stesen lain di bahagian hilir adalah teruk tercemar. Alga perifiton yang didapati pada slaid kaca terdiri daripada 80 spesies Bacillariophyta, 13 spesies Cyanophyta dan 18 spesies Chlorophyta. Konsep penunjuk biologi dan zon saprob spesifik spesies diatom yang dinyatakan sebagai indeks saprob (nilai-S) mendapati, stesen A adalah bersih (kualiti air baik, S = 1.4), kualiti air di stesen B dan C agak baik (nilai-S masing-masing 1.962 dan 1.781), stesen I diklasifikasikan sebagai sederhana tercemar (S = 2.292) dan lain-lain stesen di hilir adalah tercemar dari segi organik dengan nilai-S berjulat antara 2.811 dan 3.092. Indeks saprob mendapati stesen persampelan sepanjang Lembangan Sg. Pinang dapat dibahagikan kepada empat zon pencemaran saprob, iaitu Zon Polisaprob (sangat teruk tercemar, stesen J dan L), Zon Alfa-mesosaprob (teruk tercemar), Zon Beta- mesosaprob (sederhana tercemar, stesen I) dan Zon Oligosaprob (bersih, stesen A, B dan C). Setengah spesies diatom menunjukkan corak kelimpahan yang nyata, seperti spesies 'saprophobous' (eg. Achnanthes minutissima, A. woltereckii, A. oblongella, Cocconeis pediculus, C. placentula, Fragilaria capucina, Psammothidium bioretii dan Surirella linearis, nilai valensi saprob I), spesies 'saproxenous' (eg. Diatoma sp., Eunotia monodon var. alpina, Fragilaria sp. Gomphonema gracile, G. subventricosum dan Navicula cryptocephala, nilai valensi saprob 2 - 3), dan spesies 'saprophilic' (eg. Gomphonema parvulum, Achnanthes exigua, A. exigua var heterovalva, Hantzschia amphioxys, Nitzschia amphibia, N. pale a dan Pinnularia biceps serta P. biceps f. petersen ii, nilai valensi saprob 3 - 4). Dalam kajian ini, spesies 'saprophobous' dan spesies 'saprophilic' masing-masing dapat menjadi penunjuk kepada kualiti air bersih dan tercemar. Secara umumnya, stesen bersih mempunyai kekayaan (.5) dan kepelbagaian spesies diatom (indeks Shannon-Wiener, H') yang lebih tinggi berbanding stesen tercemar yang lain, kecuali stesen berdekatan muara G dan H. Stesen paling tercemar (stesen L) mempunyai nilai terendah dalam kekayaan spesies (min S = 9.941), keserataan (0.645) dan kepelbagaian (min H' = 2.133). Kepelbagaian spesies (H') di stesen G dan B (min masing-masing 3.563 dan 3.537) adalah lebih tinggi dari stesen bersih, walaupun lKA dan nilai-S menunjukkan yang stesen tersebut adalah teruk tercemar. Analisis pembezalayan yang berdasarkan densiti diatom juga berjaya membezakan stesen persampelan kepada stesen bersih, tercemar dan air payau. Indeks Autotrof (IA) yang berdasarkan nisbah BKTA:klorofil a menggambarkan keadaan stese~ persampelan,.dengan nilai terendan (754.70) dicatatkan di stesen paling bersih (A), nilai meningkat ke stesen di hilir, dan nilai IA tertinggi dicatatkan di stesen L (1206.99). Walaupun kehadiran spesies alga pada substrat buatan (slaid kaca) adalah memilih, tetapi penggunaan substrat buatan mengurangkan keheterogenan substrat yang hadir secara semulajadi dan ianya menjadi kaedah piawai untuk membandingkan antara kawasan yang mempunyai substrat yang berlainan. Keadaan kualiti air di Lembangan Sg. Pinang digambarkan dengan jelas melalui parameter fisiko-kimia, di samping indeks biotik dan pengukuran bukan taksonomi alga perifiton.
Description
Keywords
Biological Sciences , Penggunaan Alga Perifiton
Citation