Kajian Terhadap Mineral Polimorf Sebagai Bukti Impak Meteorit Dan Kaitannya Dengan Bahan Asas Industri Litik Di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak, Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2017-07
Authors
Abdullah, Nurazlin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Bukit Bunuh adalah kawasan impak meteorit berdasarkan kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan dalam bidang geologi dan geofizik. Kajian ilmiah ini dilakukan bagi mengenal pasti kehadiran mineral polimorf tekanan tinggi dan mengukuhkan bukti bahawa Bukit Bunuh adalah kawasan impak meteorit. Kawasan kajian meliputi kawasan Bukit Bunuh, Lenggong, Perak. Pengambilan sampel dilakukan dengan menggunakan kaedah mendulang serta beberapa sampel batuan di lapangan. Jumlah sampel yang dipungut di lapangan adalah 95 sampe dan empat jenis batuan. Kajian makmal yang dilakukan adalah kaedah pemisahan cecair berat, XRD, XRF dan INAA bagi menganalisis sampel dulangan dan ujian UCS bagi kekuatan batuan. Secara keseluruhan, hasil analisis menunjukkan kehadiran mineral-mineral polimorf di dalam sampel yang telah diambil dari Bukit Bunuh dan sekitarnya berdasarkan keputusan XRD. Mineral polimorf yang paling banyak ditemui adalah mineral koesit berdasarkan jumpaan pada sembilan sampel, manakala mineral stishovit dengan lima sampel, mineral akimotoit dalam tiga sampel dan mineral polimorf ringwoodit, reidit dan wadsleyit dengan masing-masing satu sampel. Unsur Ir juga ditemui dengan kelimpahan yang lebih tinggi daripada nilai kelimpahan kerak bumi berdasarkan analisis XRF. Ini telah memberikan bukti kukuh bahawa Bukit Bunuh adalah kawasan impak meteorit. Ujian mampatan kekuatan sepaksi ke atas batuan juga telah menunjukkan batuan kuarzit mempunyai kekuatan mampatan yang tertinggi diikuti oleh batuan suevit, leburan impak dan kuarza. Selain itu, dengan penemuan mineral-mineral polimorf tekanan tinggi ini telah membuktikan bahawa batuan yang terdapat di Bukit Bunuh adalah bahan asas yang baik kerana mempunyai kekuatan dan ketahanan berbanding batuan jenis lain. Interpretasi teknologi industri litik di Bukit Bunuh mendedahkan terdapatnya teknologi pembuatan yang efisien dan efektif bersesuaian dengan bahan asasnya.
Description
Keywords
Mineral polimorf sebagai bukti impak meteorit , bahan asas industri litik di Bukit Bunuh
Citation