Proses Perancangan Dan Pelaksanaan Kempen Anti Dadah: Kajian Kes Di Agensi Dadah Kebangsaan, Pulau Pinang
Loading...
Date
1999-03
Authors
Thean Hoe, Ang
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengkaji proses perancangan
dan pelaksanaan Kempen Anti Dadah 1998 oleh Agensi Dadah Kebangsaan
(ADK) Negeri Pualu Pinang. Metodologi analisa dokumen dan wawancara
telah digunakan untuk tujuan ini.
Perancangan Kempen Anti Dadah 1998 telah dilakukan oleh sembilan
orang pegawai ADK. Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan' dilibatkan
hanya untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti tertentu. Berdasarkan penemuan
daripada kajian ini, beberapa kekurangan telah dapat dikenalpasti. Antaranya
ialah objektif kempen 1998 adalah terlalu luas dan sukar untuk diukur'
pencapaiannya. Tambahan pula, mesej-mesej yang sarna telah disalurkan
kepada pelbagai golongan sasar melalui ceramah-ceramah, bahan-bahan cetak
dan pameran.
Golongan sasar utama Kempen Anti Dadah 1998 adalah beliabeliawanis
tetapi hanya beberapa aktiviti sahaja yang dirancangkan secara
khusus untuk golongan ini. Radio 3 Pulau Pinang merupakan media massa
. tunggal yang digunakan tetapi mesej-mesej yang disalurkan hanya ditujukan
kepada masyarakat umum.
ADK Pulau Pinang telah mengenalpasti beberapa kawasan prioriti
utama tetapi tidak banyak aktiviti yang dilaksanakan di kawasan-kawasan
berkenaan. Latihan yang dilaksanakan hanya melibatkan beberapa orang
sukarelawan, guru-guru dan bekas penagih bagi membantu ADK untuk
melaksanakan ceramah-ceramah dan aktiviti-aktiviti kempen lain.
Mernandangkan rnasalah dadah adalah serius di Negeri Pulau Pinang
rnaka Iebih rarnai Iagi pekeIja sukarela periu dilibatkan untuk berganding bahu
dengan ADK bagi rnenentang rnasalah sosiaI ini. Akhir sekali, penilaian telah
dilakukan oIeh ADK untuk Kempen 1998, tetapi ia hanya terhadap
pelaksanaan aktiviti-aktiviti sahaja. Memandangkan objektif-objektif kernpen
adalah begitu luas maka adalah sukar bagi ADK untuk rnengesan keberkesanan
dan impak keseluruhan kempen.
Description
Keywords
Kempen Anti Dadah , Agensi Dadah Kebangsaan