Perlaksanaan Rangkaian Berasaskan Ethernet Bagi Sistem Arahan Dan Kawalan Yang Bersifat Masa Nyata Kritikal Dan Tertabur
Loading...
Date
2002-05
Authors
Mohamed, Sazali
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Sistem Arahan Dan Kawalan (SAK) bagi kapal perang berfungsi untuk mengawal
keseluruhan perkakasan-perkakasan yang terdapat pada kapal tersebut. SAK adalah
sebuah sistem masa nyata yang memerIukan pertukaran data atau maklumat yang cepat,
tepat, boleh jangka dan stabil. Oleh kerana SAK adalah sebuah sistem tertabur maka
sistem rangkaianlah yang menjadi faktor penentu kepada kejayaan sistem ini. Sistem
rangkaian ini perIulah mempunyai kemudahan serta kemampuan untuk memikul tugas
tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh manakah kemampuan
rangkaian Ethernet mampu untuk mengendalikan tugas berat ini. Kajian juga adalah
untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik untuk sistem rangkaian masa nyata SAK
bagi sebuah kapal perang. Untuk tujuan itu satu siri ujian telah dilakukan dengan
mengambil kira sebahagian besar faktor-faktor yang mempengaruhi masa penghantaran
data atau maklumat. Antara faktor tersebut ialah muatan rangkaian, protokol
pengangkut, pemproses, lebar jalur dan hab. Ujian dilakukan keatas satu model ujian
yang menggambarkan fungsi SAK yang sebenar. Kaedah yang digunakan adalah
dengan mengambil sampel masa penghantaran sepusingan atau RTI (Round Trip
Time). Penilaian dibuat berdasarkan nilai tertinggi dan nilai purata sampel. Hasil ujian
menunjukkan rangkaian Ethernet berpotensi untuk digunakan secara sepenuhnya
sebagai rangkaian masa nyata SAK tetapi dengan beberapa penyesuaian.
Description
Keywords
Sistem Arahan Dan Kawalan adalah sebuah sistem tertabur , maka sistem rangkaianlah yang menjadi faktor penentu kepada kejayaan sistem ini.