Pemilihan sistem / kaedah prokumen oleh klien (kementerian-kementerian di Malaysia) dalam projek pembinaan
Loading...
Date
2004-04
Authors
Queck, Han Tiong
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kementerian-kementerian di Malaysia mengamalkan pelbagai sistem prokumen
dalam pemerolehan sesebuah projek binaan. Hal ini menimbulkan kekeliruan kepada
pihak-pihak yang terlibat. Sehingga kini, satu kaedah yang paling efektif dan efisien
masih belum dapat ditentukan disebabkan sistem-sistem prokumen yang digunakan
membangkitkan masalah-masalah seperti kelewatan, projek terbengkalai, kualiti kerja
rendah dan sebagainya yang telah membawa kesan yang buruk ke atas imej Kerajaaan
Malaysia terutamanya dalam pembangunan negara. Dengan demikian, maka pemilihan
sistem prokumen dalam projek pembinaan adalah sangat penting bagi mengurangkan
masalah projek kelak.
Objektif kajian tesis ini adalah untuk mengetahui jenis kaedah prokumen yang
mendapat sambutan yang paling menggalakkan serta faktor atau kriteria pemilihan
prokumen oleh kementerian-kementerian kerajaan Malaysia bagi memperoleh projek
pembinaan. Melalui kajian ini dapat menentukan sistem prokumen yang paling popular
diaplikasikan. Selain itu, juga dapat mengetahui faktor yang paling dititikberatkan dan
kriteria yang memberi pengaruh utama dalam pemilihan sistem prokumen yang patut
digunakan bagi projek kerajaan.
Kajian lapangan dijalankan ke atas kementerian-kementerian kerajaan di
Malaysia yang bertapak di ibu negara, Kuala Lumpur. Sebanyak 20 set borang soal
selidik dikemukakan dan kaedah temuduga digunakan bagi mendapatkan maklumat
yang diperlukan untuk tujuan analisis. Walau bagaimanapun, hanya 15 set sahaja yang
memberikan maklum balas dengan sempurna. Oleh itu, analisis hanya dijalankan ke
atas 15 set bo~g soal selidik yang diterima dari kementerian-kementerian kerajaan.
Data-data yang diperolehi direkodkan dan dianalisis secara kuantitatif dengan
menggunakan perisian SPSS.
Description
Keywords
Prokumen dalam pemerolehan