Tekanan Kerja Dalam Kalangan Kakitangan Di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang

dc.contributor.authorNadarajan, Vijayan Kumar
dc.date.accessioned2017-02-02T06:53:17Z
dc.date.available2017-02-02T06:53:17Z
dc.date.issued2016-08
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor tekanan kerja dalam kalangan kakitangan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBSNPP). Subjek kajian terdiri daripada kakitangan di JBSNPP. Jumlah sampel kajian ialah 52 orang. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini cuba melihat tahap tekanan kerja kakitangan di JBSNPP. Kemudian faktor-faktor penentu kepada tekanan kerja telah dikaji untuk melihat sama ada faktor-faktor demografi mempengaruhi tekanan kerja dan komitmen organisasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tekanan kerja yang dihadapi oleh kakitangan di JBSNPP berada pada tahap yang tinggi. Komitmen organisasi juga berada pada tahap yang tinggi. Dari segi gender, kajian mendapati tidak ada perbezaan signifikan dari segi tekanan yang dihadapi oleh lelaki dan perempuan. Begitu juga tentang tahap komitmen organisasi, perbezaan gender tidak mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas tahap komitmen responden. Implikasi kajian kepada organisasi JBSNPP ialah memandangkan tekanan kakitangan berada pada tahap tinggi pihak jabatan hendaklah memberikan perhatian bagi mengelakkan berlakunya kesan-kesan buruk sama ada kepada organisasi mahupun kepada diri kakitangan secara individu, seperti kesan mental dan fizikal, kesan emosi, kesan kognitif dan spiritual pada masa hadapan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3650
dc.subjectFaktor-faktor tekanan kerja dalam kalangan kakitanganen_US
dc.subjectdi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.en_US
dc.titleTekanan Kerja Dalam Kalangan Kakitangan Di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: