Perkembangan Dan Penglibatan Politik Anak Muda Malaysia Pasca Reformasi 1998: Tumpuan Universiti Bangsar Utama (Ubu)
Loading...
Date
2013-12
Authors
Jaharudin, Mohd Hariszuan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tesis ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan penglibatan politik anak muda
Malaysia semenjak pra-kemerdekaan sehingga pasca Reformasi 1998 dengan
memberi tumpuan khusus kepada kumpulan Universiti Bangsar Utama (UBU).
Bahagian awal kajian ini akan menunjukkan bahawa anak muda secara konsisten
terlibat secara aktif dalam politik di negara ini – baik yang formal, mahupun tidak.
Tesis ini kemudiannya membahaskan bahawa terdapat kemerosotan penglibatan anak
muda pada dekad-dekad tertentu kerana kekangan daripada pemerintah dan juga
kondisi sosio-politik ketika itu. Namun kemerosotan ini tidak mematikan penglibatan
politik anak muda, malah penglibatan anak muda dalam politik mula mengambil
bentuk-bentuk yang berbeza. Maka kajian ini kemudiannya menawarkan Universiti
Bangsar Utama (UBU) sebagai salah satu bentuk penglibatan anak muda. Tesis ini
juga membahaskan bahawa UBU merupakan reaksi terhadap situasi politik dan
sosio-ekonomi negara pada masa itu.
Description
Keywords
Penglibatan Politik , Anak Muda Malaysia