Kewangan kerajaan tempatan: Kajian kewangan dan kesannya terhadap penyediaan rancangan struktur di Malaysia
Loading...
Date
1995-03
Authors
Sahrom, Arbaeyah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kerajaan tempatan seperti yang diketahui oleh umum mengalami masalah
kewangan yang runcing. Keadaan diburukkan lagi dengan beban fungsi kerajaan
tempatan itu sendiri sebagaimana yang termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan,
1976 (Akta 171), Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133) dan Akta
Perancangan Bandar dan Desa , 1976 (Akta 172). Akta 172 pula telah meletakkan
tanggungjawab perancangan tempatan kepada pihakberkuasa tempatan. Salah
satu dari tanggungjawab yang termaktub dalam Akta 172 ialah menyediakan
Rancangan Struktur.
Kelambatan pihakberkuasa tempatan menyediakan Rancangan Struktur selalu
mendapat perhatian pihak atasan terutama Kerajaan Persekutuan. Kajian ini cuba
melihat aspek kewangan samada ia merupakan faktor kelambatan bagi
pihakberkuasa tempatan memulakan penyediaan Rancangan Struktur. Kajian
terperinci tentang keupayaan kewangan, kos penyediaan Rancangan Struktur dan
tenaga pekerja dibuat ke atas tiga pihakberkuasa tempatan yang telah dipilih.
Hasil dari kajian mendapati bahawa terdapat hubungkait yang ketara antara
keupayaan kewangan dan kos penyediaan yang tinggi dengan kelewatan
pihakberkuasa tempatan menyediakan Rancangan Struktur.
Description
Keywords
Kajian kewangan kerajaan tempatan