Penghasilan Karbon Teraktif Daripada Kelongsong Biji Getah Sebagai Bahan Penjerap Untuk Penyingkiran Pencelup

dc.contributor.authorIdris, Mohd Nazri
dc.date.accessioned2018-08-27T07:35:39Z
dc.date.available2018-08-27T07:35:39Z
dc.date.issued2011-07
dc.description.abstractKajian ini dilaksanakan bagi memperolehi karbon teraktif (KT) daripada kelongsong biji getah. Kaedah pengaktifan kimiafizikal melalui rawatan natrium hidroksida (NaOH) dan penggasan karbon dioksida (CO2) telah digunakan. Rekabentuk komposit pusat dipilih bagi menentukan keadaan operasi optimum antara suhu, tempoh pengaktifan dan nisbah jerap isi (NJI) NaOH:arang, bagi penghasilan KT sebagai bahan penjerap kepada pencelup-pencelup malacit hijau (MH) dan remazol biru R (RBR). Beberapa siri pencirian digunakan untuk menentukan sifat hasilan KT. Keadaan optimum KT yang diperolehi adalah pada julat 700-850 oC, 1.0-2.2 jam dan 1.0-2.4 masing-masing bagi suhu, tempoh pengaktifan dan NJI. Analisis penjerapan N2 mendapati, luas permukaan BET bagi KT, melebihi 900 m2/g dengan julat mesoliang melebihi 2 nm. Imej SEM menunjukkan liang terbentuk secara sekata dengan struktur permukaan yang heterogen. Analisis FTIR mendapati beberapa kumpulan berfungsi hadir pada permukaan KT. Data-data keseimbangan penjerapan telah dipadankan dengan model-model isoterma Langmuir, Freundlich dan Temkin. Bagi penjerapan MH, data keseimbangan menepati model isoterma Langmuir dan penjerapan RBR menepati model Temkin, berdasarkan nilai R2 tertinggi (≈ 1). Kinetik penjerapan turut dipadankan dengan model-model tertib pseudo-pertama, pseudo-kedua dan resapan intrazarah. Parameter-parameter termodinamik seperti ΔHo, ΔSo, ΔGo dan Ea juga ditentukan. Mekanisme penjerapan telah disifatkan berlaku secara penjerapan fizikal dengan semua nilai Ea<40 KJ/mol.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/6413
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPenghasilan karbon teraktif daripada kelongsong biji getahen_US
dc.subjectsebagai bahan penjerap untuk penyingkiran pencelupen_US
dc.titlePenghasilan Karbon Teraktif Daripada Kelongsong Biji Getah Sebagai Bahan Penjerap Untuk Penyingkiran Pencelupen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: