Asas Pembinaan Pernyataan Visi Dan Misi Institusi Pembangunan Berteraskan Islam Di Malaysia

dc.contributor.authorJohari, Farah Farhana
dc.date.accessioned2019-04-09T08:11:12Z
dc.date.available2019-04-09T08:11:12Z
dc.date.issued2018-07
dc.description.abstractTesis ini bertujuan mengkaji tentang asas pembinaan pernyataan visi dan misi institusi pembangunan berteraskan Islam (PBI) di Malaysia. Idea ini timbul selaras dengan kewujudan pelbagai bentuk institusi PBI, yang secara umumnya mempamerkan matlamat dan hala tuju menerusi pernyataan visi dan misi. Antara bentuk institusi PBI tersebut terdiri daripada institusi pentadbiran, perubatan, sosioekonomi, kewangan, perbankan, pendidikan, peribadatan dan perundangan. Rata-rata institusi PBI ini telah menyatakan matlamat dan hala tuju ke arah pengurusan dan perkhidmatan Islam. Namun begitu, pernyataan visi dan misi jelasnya muncul daripada konsep pengurusan strategik lazim. Menerusi konsep ini, timbul beberapa kaedah yang menunjangi pembinaan pernyataan visi dan misi. Sedangkan dalam Islam terdapat asas pembinaan pernyataan visi dan misi yang tersendiri. Antara kaedah tersebut ialah analisis SWOT, analisis PEST, analisis SOFT dan analisis portfolio. Kaedah-kaedah ini dikenal pasti sebagai kaedah yang menunjangi pembinaan pernyataan visi dan misi kebanyakan institusi sedia ada. Persoalannya, apakah asas yang diguna pakai institusi-institusi PBI dalam pembinaan pernyataan visi dan misi mereka? Adakah institusi-institusi PBI juga merujuk asas yang muncul daripada konsep pengurusan strategik tersebut? Realitinya, konsep pengurusan strategik lazim dilihat kontra dengan asas falsafah PBI. Kajian sebelum ini turut membuktikan bahawa pernyataan visi dan misi institusi PBI sememangnya tidak selari dengan asas-asas PBI. Oleh yang sedemikian, kajian ini dilakukan dengan meneliti asas pembinaan pernyataan visi dan misi daripada perspektif Islam. Untuk tujuan ini, dinyatakan tiga objektif iaitu pertama, mengenal pasti pembinaan pernyataan visi dan misi institusi PBI di Malaysia; kedua, menganalisis asas pembinaan pernyataan visi dan misi institusi PBI di Malaysia berdasarkan tujuh prinsip PBI; ketiga, merumuskan asas pembinaan pernyataan visi dan misi institusi PBI di Malaysia.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7949
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectAsas pembinaan pernyataan visi dan misi institusien_US
dc.subjectpembangunan berteraskan islam di Malaysiaen_US
dc.titleAsas Pembinaan Pernyataan Visi Dan Misi Institusi Pembangunan Berteraskan Islam Di Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: