Pembentukan Dan Keberkesanan Modul Dalam Perubahan Pengetahuan, Persepsi Dan Tingkah Laku Pelajar Sekolah Menengah Terhadap HIV/AIDS Di Pulau Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2018-05
Authors
Kamarul Bahrin, Farhana
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Masalah HIV dan AIDS adalah tidak asing kepada penduduk dunia di mana lebih daripada 40 juta orang sudah dijangkiti oleh HIV. Pendidikan HIV/AIDS untuk orang muda memainkan peranan yang penting dalam menamatkan wabak AIDS secara global. Dilaporkan masyarakat Malaysia masih kurang pengetahuan berkaitan HIV/AIDS, khususnya punca kepada jangkitan HIV dan AIDS. Kementerian Kesihatan Malaysia (2017) telah melaporkan hampir 85% jangkitan HIV pada tahun 2016 adalah melalui aktiviti seks. Pada tahun 2016 sebanyak 103 kes jangkitan baru HIV/AIDS yang melibatkan umur 13 tahun – 19 tahun (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2017) telah dilaporkan. Sehubungan itu, kajian ini memberi tumpuan kepada menguji cuba satu bentuk modul intervensi untuk mendedahkan pelajar sekolah berkaitan HIV dan AIDS. Objektif kajian ini adalah untuk: (1) Menganalisis tahap pengetahuan, persepsi dan tingkah laku para pelajar sekolah peringkat remaja pertengahan terhadap isu HIV/AIDS sebelum dan selepas aplikasi modul intervensi mengenai HIV/AIDS yang telah dibentuk; (2) Mencadangkan pelaksanaan modul HIV/AIDS yang berkesan di sekolah - sekolah menengah di Malaysia. Kajian ini adalah berasaskan kepada beberapa kerangka teoritikal bagi membantu memahami dan menjelaskan kajian ini. Kajian ini telah melibatkan seramai 600 orang pelajar sekolah berumur 15 tahun, 16 tahun dan 17 tahun di Pulau Pinang, melalui tiga sesi yang melibatkan ujian pra, intervensi dan ujian pasca dengan menggunakan “Modul Celik Info HIV/AIDS”.
Description
Keywords
Menguji cuba satu bentuk modul intervensi untuk , mendedahkan pelajar sekolah berkaitan HIV dan AIDS
Citation